Assalamualaikum
Maaf. Entri ni
masa bulan ramadhan yang dah lepas, lepas dan lepas aku buat. Baru hari ni
berkesempatan nak bubuh dalam blog. Maklumlah buat draft dalam hempon je. Hempon
pulak koma. Ni pun aku baru lepas buat CPR. Bernyawa jugak akhirnya. Lagi pun
entri tak menarik haruslah diperam lama-lama. Bila dah tak cukup idea baru
bawak keluar. Huhu.
Hai gadis-gadis
comel yang tak lepaskan peluang berdoa di bulan ramadhan. Berdoa semoga
dipertemukan dengan jodoh. Lalu terus menjadi isteri dan ibu mithali. Woaha. Syoknya.
Sepanjang bulan ramadhan adalah waktu yang sangat terbaik untuk menadah tangan
lalu berdoa semoga apa yang dipinta diperkenankan.
Macam tu jugak
dengan aku. Aku berdoa semoga apa yang aku hajati diperkenankan oleh Allah
Taala. Pada zaman dahulu kala, waktu aku belum bertemu dengan jodoh aku,
jujurnya aku ada berdoa supaya aku bertemu jodoh dengan crush. Aku dulu nak kawen
dengan anak S.M Nasaruddin. Tapi jodoh dia kuat dengan Marion Caunter pulak. Haih.
Kadang-kadang
bila kita berdoa bersungguh-sungguh supaya bertemu jodoh dengan orang yang kita
dah jatuh sayang, tapi akhirnya orang yang korang sayang tu kawen dengan orang
lain pulak itu menunjukkan bahawa sesungguhnyajodoh korang sangat kuat untuk berpihak kat orang lain. Jangan khuatir.
Jodoh itu ada. kalau bukan dengan dia InsyaAllah dengan orang yang dah
ditakdirkan untuk kita.
Yakin. Dan teruskan
berdoa.
Kahkah! Kn btol, masa blm kawin diam je bila kene perli ngan org yg dh kawin, bila dh kawin hah nah kau amek! turn dh smpai utk perli dn tanya soklan pedas cili api kat org blm kawin pulak.. hek2.mcm bls dendam gitu.
ReplyDelete