Assalamualaikum
Ini bukan cerita tentang ayam golek bersalut madu sempena bulan puasa. Ini adalah
cerita tentang ayam golek yang terperangkap dalam perangkap musang berjanggut.
***
Aku suka pergi
kedai buku. Walaupun aku ni bukan ulat buku tapi aku suka jugak pergi kedai
buku dengan harapan kot-kot boleh jumpa jodoh dalam kedai buku macam cerita
dalam novel tak pun drama. Haha. Ok. Aku tipu. Aku suka cari buku-buku unik
sebenarnya. Heh. Alasan.
Kedai buku tu
letak betul-betul depan sebuah hotel budget bagus. Hotel yang tak dak rupa
hotel langsung. Macam sarang mak hayam je aku tengok. Sebagai musafir kat
tempat orang, aku cuba tanya kat mamber aku kenapa hotel tu macam tempat ayam
golek je. Dia cakap tu memang tempat ayam golek pun. Waktu malam selalu je dia
nampak anak-anak ayam golek berkeliaran kat tingkap hotel. Seksi dan comel
ayam-ayam itu.
Ada anak ayam
golek lambai tangan. Tak tahu apa maksud dorang. Atau mungkin mereka mintak
tolong untuk diselamatkan?
***
Macam biasa,
orang selalu hina manusia yang nampak keji pada pandangan mata dorang. Walaupun
kadang-kadang kekejian yang dilemparkan tu sebenarnya tak sekeji macam mana
dorang sangkakan. Kita tak tahu macam mana berakhirnya hidup seseorang. Boleh
jadi orang yang kita nampak baik itu akan mati dalam kekufuran. Dan boleh jadi
orang yang kita nampak jahat itu akan mati dalam keimanan.