Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 21, 2014

yang tak berbeza



Assalamualaikum

Selamat petang. Hari ini aku dah cipta rekod tersendiri dengan penuh gaya yang unggul. Pertama kali aku tak tidor time cuti bila ada kat rumah sendiri. Rasa terharu sangat. Huhuhu. Tapi agak malang disini kerana muka aku ni jenis muka mesra bantal. Jadi bila aku tak tidor muka aku tetap nampak macam tidor. Di tambah pulak dengan muka aku ni jenis tak mesra air. Kalau rendam muka dalam besen lama-lama pun tetap nampak macam tak mandi. You see, natural beauty sangat aku ni kan? Huuuu.

Berbeza.

Berbeza tu maksud dia berlainan. Juga bermaksud sebagai tidak sama. Dan jugak boleh dikatakan sebagai sesuatu yang tak serupa. Tapi bila sebut pasal perbezaan kebanyakan daripada kita akan buat perbandingan. Perbandingan nak tengok mana yang lebih baik. Mana yang lebih cantik. Mana yang lebih hemsem gagah bergaya. Dan mana yang paling sempurna. Dan untuk yang perkara yang kita tak suka itu akan ditolak jauh-jauh. Ditolak tepi-tepi. Terutamanya dalam konteks sesama makhluk. Sesama insan. Sesama manusia.


Cuba kau memandang di dalam diri sendiri
Cuba kau renungi sekitar hidup ini
Cuba kau perhatikan perawakan manusia
Pasti engkau mendapati tiap satu berbeza
Akan pasti kau akui
Keagungan Maha Esa
Cuba kau bertanya dari masa asal kita
Cuba jawabnya dengan fikiran terbuka
Cuba kau bandingkan nasib tiap manusia
Akan pasti kau temu
Berbagai-bagai cerita
Langkahmu langkahku mungkin tak sehaluan
Caramu caraku tiada persamaan
Nyanyimu nyanyiku nadanya berlainan
Mimpimu mimpiku warnanya bertentangan
Kau dan aku sama disisi Yang Maha Esa

Ayat kat atas tu sebenarnya lirik. Bukan aku sendiri reka apatah lagi nak cipta. Kalau aku sendiri buat memang boleh jahanam lagu. Aku bagi untuk korang, untuk kamu, untuk awak, untuk mereka dan untuk semua. Tarik nafas panjang-panjang. Buka minda luas-luas. Fikir dalam-dalam. InsyaAllah. Semoga lapang perjalanan kita untuk ke alam yang lebih nyata.

Okeilah. Mata aku dah berpusing-pusing ni. Tapi orang cakap tak elok tidor petang. Huhu.




No comments :

Post a Comment