Assalamualaikum
Selamat tengah malam
yang dah masuk ke pukul 12.23 pagi. Hai gadis-gadis comel yang berwajah gebu bagaikan
panda. Dah la gebu disukai ramai pulak tu. Eh. Tapi korang jangan salah sangka
pulak. Maksud gebu tu bukan aku cakap korang gemok tau. Tak ada niat pun. Gebu tu
lebih kurang macam gebu la. Huhu.
Aku nak ucapkan
terima kasih kepada Nuffnang dan Ice Age Adventure sebab sudi menaja blog ini.
Korang tahu Ice Age? Haruslah tahu kan. Kalau tak tahu sila google. Binatang gajah
purba yang gemok tahap super, tupai yang sangat obsess dengan kacang, kongkang
yang bermata tak selari dan sekutu-sekutunya yang sangat kelakar.
Kalau korang
peminat Ice Age aku nak suruh korang pergi ke Genting. Sebab binatang-binatang
tu sekarang semua ada kat sana. Nampak sangat seronok. Korang boleh pergi ke
gallery ini untuk ukur tahap keseronokan yang ada. Kalau teruja sangat
janganlah dipendam perasaan seronok itu. Sia-sia je perasaan seronok tu ada,
kalau hanya mampu dipendam dalam hati mana nak datang seronok tu ye dak? Tiket dia
RM20.00. Seronok kan harga tiket dia?
Tak seronok?
Dah la. Pergi
main jauh-jauh.
Penat aku cakap
seronok korang kata tak pulak.
Huhu.
apasal dorang xbuat kat depan rmh aku? dh la buat kat tmpat jauh dn pelik, kena bayar pulak tu, kgembiraan apakah ini? huhu.
ReplyDeletekikiki.
kalau bagi alamat lokasi mungkin dorang akan buat. hihi.
Delete