Assalamualaikum
Selamat malam
yang dah masuk pukul 9.34pm. Rugi kot kalau tak update blog. Kat opis tak boleh
buat kerja update-update ni. Nanti boss akan buat kerlingan tajam bagaikan panahan
halilintar, jenuh aku nak cover. Hai gadis-gadis comel yang sangat suka akan
binatang. Yang suka peluk-peluk binatang. Yang suka belai-belai binatang. Orang
cakap kalau korang suka binatang tu maknanya korang jugak adalah seorang yang
berhati lembut dan penyayang. Betul la tu kan. Kalau binatang pun korang sayang
apatah lagi manusia. Haruslah dicinta-cinta. Huhu.
Tapi bukan semua
orang berhati baik macam korang. Kadang-kadang lebih banyak yang tak baik
daripada yang baik. Aku selalu duk perati je, kalau kat kedai makan mesti akan ada
kucing kelaparan. Lapar bukan sebarang lapar tahu. Ada yang kurus kering.
Pinggang tu silap-silap dah boleh sarung kebaya gamaknya. Lepas tu orang kedai buat tak tahu je
dengan kehadiran kucing-kucing malang tersebut.
Ye, aku tahu
kucing tak reti nak oder. Aku jugak tahu kucing tak ada duit nak bayar harga
ikan mengikut kadar semasa. Tapi apa salahnya bagi dia makan sikit. Kalau takut
rugi dan kotor, bagi je lah kucing-kucing tu makan sisa makanan kat tempat
khas. Ni tidak. Aku tengok sisa makanan dibuang terus dalam tong sampah. Maka dengan
itu terkebil-kebillah mata kucing yang malang tu bila tengok sisa lauk yang
diidam-idam. Nak sambut lauk tu kang tuan kedai kata biadap. Nak tak nak
terpaksalah kucing-kucing tu mengemis kat pelanggan kedai. Kalau dapat
pelanggan yang baik boleh lah jugak makan sikit. Tapi kalau dapat yang jenis tak
penyayang silap-silap hinggap kaki kat dahi. Semuanya bergantung kepada nasib.
Kesian sungguh
la hai aku tengok kucing-kucing tu. Berniaga kononnya nak ikut sunnah Nabi. Segala
jenis ayat Al-Quran ditampal keliling dinding kedai. Tapi kucing binatang
kesayangan Nabi disepak-sepak la pulak. Sepak laju-laju tanpa ehsan pulak tu.
Dorang tak tahu ke selain menjadi binatang kesayangan Nabi, kucing
jugak adalah makhluk yang sentiasa berzikir tanpa henti. Benda ni ibarat macam ni
lah, korang sepak kucing lebih kurang sama macam korang menyepak orang yang
sedang bersembahyang. Yang sedang memuji-muji Tuhan. Tak ke keji perbuatan macam tu?
Aku pernah
tengok anak kucing mata terkeluar sebelah. Mintak makan dengan maknya. And then
aku suruh tokei kedai bagi kucing tersebut makan. Tokei kedai tu dengan slamber
cakap dorang tak ada masa nak bagi makan. Sebab busy. Aku cakap bila dah free
bagi la makan and aku bayar harga ikan untuk kucing tu. Muka di terkebil-kebil
tapi terkebil-kebil pun duit tetap ambik jugak. Hoih. Sampai tahap tu teruknya
manusia memonopoli rezeki sesama makhluk.
Tergamak ye
manusia? Allah. Sedih
sangat rasa. Realiti kehidupan. Sesama manusia pun dihina-hina apatah lagi kalau bukan manusia. Okei. Tu je aku nak cerita. Dah lama sebenarnya aku pendam perasaan ini. Time tidor nanti aku nak nangis. Nangis waktu tidor orang tak nampak. Huhuhuhu.
jgnkn kucing, ank sndiri pn dbuang dpijak n dcekek.
ReplyDeletemanusia dh ilang sifat kmanusiaan, dh jd neutral, dia bole jd apa aje yg dia nk, iblis ke yahudi ke kambing ke.. xde sape lg yg kesah.
tu le nasib2 kucing2 dimalaysia, klu kat indochina kucing2 ni dhargai la jgk, paling x pun djadikan lauk tghari, sabo je cik puan.
bila pahala bukan lg jd rebutan dn koleksi bekalan.
huhuhu. kesian meow.
Deleteops sori, lauk tghari pulak, mkin mlalak le cik puan tido nt.
ReplyDelete