Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 9, 2014

tips bercuti dengan gembira


Assalamualaikum

Selamat malam. Dah masuk pukul 10.14pm mengantuk sangat dah ni ha. Hai gadis-gadis comel, cik adik manis, kakak-kakak jelita sekalian. Tahun depan adalah tahun yang menggembirakan buat warga marhaen yang sibuk bekerja sebab next year banyak cuti terkapit. Barang ada cuti yang terkapit maka nescaya akan bergembiralah para manusia pergi bercuti bersama keluarga. Yeah. Aku pun suka. Bila cuti boleh jenjalan. Bila jenjalan boleh makan angin. Bila makan angin boleh ronda-ronda. Heh. Pusing-pusing ayat yang sama je.

Makan angin.
Jalan-jalan.
Ronda-ronda.
Cuci mata.

Untuk korang yang nak pergi bercuti meh sini aku nak bagi satu tips macam mana nak jadikan percutian korang tu sebagai sesuatu yang sangat menakjubkan. Petua dia mudah je. Korang hanya perlu pegang kata-kata ni erat-erat dan kuat-kuat. Simpan dalam hati. Pendam dalam-dalam. Nescaya akan seronoklah percutian korang hendaknya. Okei mari kita mulakan. Korang kena tarik nafas panjang-panjang kemudian baca ayat kat bawah dengan tenang dan penuh penghayatan.


Please be a traveler not a tourist. Try new things. Meet new people. And look beyond what’s right in front of you. Those are the keys to understanding this amazing world we live in.

Korang set siap-siap dalam otak. Hafal, ingat dan pendam dalam jiwa korang ayat keramat tu. Ini adalah pesanan azimat daripada Andrew Zimmern. Kenal tak siapa Andrew Zimmern ni? Kalau tak kenal pergilah melancong. Nescaya korang akan kenal siapa beliau sebenarnya.

Hihu.





2 comments :

  1. aku kalo sebut je bab cuti 1st skali aku bayangkn adalah tido.

    ReplyDelete