Assalamualaikum.
Selamat malam
yang sudah masuk ke jam 10.45malam. Sekarang ni je pun waktu yang aku ada untuk
blog ini. Waktu lain aku busy dengan hal dunia yang melalaikan. Huhu. Hai
gadis-gadis comel yang suka baca blog orang. Dah baca tu komen-komen la sikit
ye. Cewah.
Aku nak ucapkan
ribuan terima kasih kepada blogger yang bernama Acuyuhan. Kerana beliau adalah
follower aku yang ke 77. Nama beliau macam Korea. Ala-ala Running Man
kekdahnya. Acuyuhan ni muda dari aku. Tapi blog dia best. Sebab banyak resepi. Gambar
lawa-lawa belaka pulak tu. Dan dia rajin memasak. Bukan macam aku. Dah la tak
reti memasak. Pandai tunjuk-tunjuk je pulak tu. Terasa diri ini bijak sangat
hendaknya. Huhuhu.
Selain daripada
tu dia jugak ada bagi tips untuk blogger. Tips yang pada hemat aku agak
berguna. Lebih berguna daripada tips aku yang selalu tak berguna. Hihu. Contoh yang boleh korang tengok tips blogwalking dari beliau. Terima kasih
diucapkan sekali lagi kepada Acuyuhan. Diharap kelak pada masa depan anda
menjadi blogger yang hebat hendaknya.
Amin.
Muah muah.
Salam Kenal..
ReplyDeleteTerima kasih atas entri ini..(malu pulak hehe) Nice Blog ^-^
hai.. hehehe. sama-sama. jangan malu-malu. hikhik.
Delete