Assalamualaikum
Selamat
pagi. Hai gadis-gadis comel yang mengalami tekanan. Tertekan bila nak bukak
website kegemaran, tengok-tengok kena block la pulak. Nak nak pulak kalau
korang bukak kat ofis. Boss marah tahu kalau korang tak kerja tapi sibuk tengok
internet. Jadi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil negara
pendekatan memblock website adalah antara salah satu daripada jalan yang terbaik.
Huhuhu.
Okei.
Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak unblock website. Cara dia mudah je.
Korang pergi ke website ni. Lepas tu ikut kaedah yang diajar. Contoh macam aku buat kat bawah. Aku nak bukak sebuah blog yang
sangat best bernama nameeroslan tapi tak boleh. So jalan penyelesaiannya adalah
seperti menggunakan kaedah tersebut.
Dengan
menggunakan kaedah ini korang boleh bukak apa-apa saja website yang telah
diblock. Facebook ke. Youtube ke. Apa-apa saja lah. Tapi aku tak pasti pulak
kalau pihak IT boleh detect ke tidak kegiatan korang tu kan. Kot ada kesan
sampingan itu pun aku belum kaji lagi. Huhu.
Aku
dah try. Menjadi. Tapi aku buat sekali tu je. Sebab aku rasa bersalah sangat.
Bukan apa, time aku tengah bukak tu tetibe pulak ada staff baca doa masuk
kerja. Dan antara bait-bait doa tu adalah “ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah
pekerjaan kami dan jadikan kami agar mampu meningkatkan kerja dan produktiviti kerja
Kami.”
Allah.
Terkesan sangat doa tu.
Terima
kasih boss sebab hari-hari suruh staff baca doa masuk kerja.
Huhuhu.
Maafkan perasaan ini.
Hahaha.. Baru nak buat, terus tak jadi bila baca doa tu.. Keje, cari rezei yang berkat erk..
ReplyDelete