Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 5, 2014

diam-diam. ini rahsia nak cari jodoh


Assalamualaikum

Selamat malam. Mata mengantuk. Tapi tahan demi sesuap entri. Hai gadis-gadis comel yang sedang memikirkan dimanakah letaknya bakal suami korang tu sebenarnya. Di utarakah? Di selatankah? Atau di syurga? Heh. Aku sebenarnya nak cerita kat korang tentang satu rahsia. Rahsia ni antara kita-kita je tau. Semua orang boleh tahu rahsia ni. Kecuali orang kat tempat tinggal aku. Ni kalau dorang tahu ni memang punah lah rancangan maha hebat aku.

Okei. Meh sini dekat sikit. Aku nak bisik. Aku nak bisik sebab benda ni rahsia. Bila berbisik baru nampak macam sungguh-sungguh rahsia. Macam ni cerita dia. Dekat rumah aku ada seekor ayam jantan. Aku tengok ayam tu macam dah akil baligh dah. Dada bidang. Bulu berkilat-kilat macam pakai syampu kamu tahu. Ni mesti ayam jenis metroseksual ni. Ye la. Kalau ayam kampong mana mahu macam tu. Selekeh je. Bulu pun tak smart. Tu belum korang tengok kepak dia lagi. Sekali libas kiri kanan terbit pusaran angin. Fuhh. Aku syak dari gaya libasan tu dia dah mampu jadi ketua keluarga yang baik. Gagah sangat tau. Aku rasa kalau gadis-gadis ayam tengok tu mesti meronta-ronta jiwa dorang.


Lagi satu, ayam ni mesti beriman insannya. Korang tahu tak, tiap-tiap kali masuk waktu mesti dia akan berkokok. Dengan suara yang gagah lagi merdu hemsem macho gayanya. Aku memang pasti kalau gadis-gadis ayam tengok kegagahan ayam jantan tu berkokok setiap waktu pasti tak tentu hala jiwa dorang nak jadikan ayam tu sebagai suami. Ye. Aku tahu iman tak dapat diwarisi. Tapi aku yakin ayam tu mampu didik bakal anak dia jadi lebih baik nanti.

Jadi rahsia dia macam ni. Aku cadang nak dapatkan seekor ayam gadis di pasar. Dengan harapan ayam jantan tu akan ada teman. Kat sini ayam tu hidup sepi. Kamu tahu tak, kalau muka hemsem, taji panjang sampai satu inci sekali pun tapi kalau jiwa sepi semua tu tak ada makna. Aku ada jugak mintak pendapat beberapa orang yang berpengalaman. Tapi masing-masing membantah. Alasannya ayam tak pakai pampers. Kang dia berak-berak siapa nak cuci. Ini taman perumahan. Bukan kampong katanya.

Hmmm.
Aku sedih tengok ayam tu sepi.
Aku nak sambung sedih sorang-sorang. Korang dah tahu tentang rahsia ni, korang diam-diam je tau. Jangan cerita kat orang pulak. Bila orang tanya korang senyap je. Kalau nak cerita jugak, korang becakap dalam hati je. Sebab ini rahsia.  
Janji tau jangan cerita kat orang. Promise tau? Kalau macam tu calit sikit jari tu kat skrin computer. Okeilah. Good nite. Nak tidor. Esok ada exam.  




No comments :

Post a Comment