Assalamualaikum
Selamat
petang kepada gadis-gadis comel yang suka pakai baju love love. Wah. Anda
nampak sangat cute. Dah la pakai love love sedondon dengan kekasih hati dunia
akhirat pulak tu. Nescaya akan cemburulah manusia-manusia diluar sana.
Sebenarnya pakai baju love love ni bukan saje-saje je tau. Orang kalau tengok
mesti nampak macam geli-geli je kan? Nak nak pulak kalau lelaki yang pakai.
Bukan takat geli malah silap-silap orang akan cakap korang macam azwan ali
pulak. Huhuhu. Tapi dorang tak tahu. Pakai baju love love ni sebab sebenarnya
ia bertepatan dengan tema merdeka masakini iaitu disini lahirnya sebuah cinta.
Tanpa cinta maka tak akan lahirnya anak yang bakal jadi pengikat kasih sayang
sejati sampai syurga kekal abadi.
Okei.
Setakat itu je intro dia. Aku sebenarnya nak bagi tahu, menurut firasat aku,
boss aku mesti duk perati je kegiatan masa lapang aku yang suka buat-buat busy
bila beliau lalu-lalang. Bila beliau lalu-lalang aku rasa diri ini sangat busy.
Dan akhirnya internet kena block. Huwaih. Tapi tak apa. Dengan menggunakan
teknologi yang telah dihadiahkan oleh encik suami maka aku gunakan ia untuk
update blog aku tanpa pengetahuan boss dengan hati yang senang dan gembira
sekali.
Terima
kasih kepada beliau. Kredit untuk anda. Sebagai pembalasan kepada budi baik
beliau, kejap lagi sebelum balik aku nak google resepi. Mintak-mintak la masak
kali ni menjadi sedapnya. Fuhh. Tiup-tiup sikit. Diharap beliau dapat terima
hakikat. Walaupun masak tak sedap tapi air tangan isteri itu berkat sebenarnya.
Hihu.
Aku sbenarnya xberapa nk paham ngan org pmpuan ni, pmikiran mmg lain ngan org laki, cntohnya tema raya aku taun ni ialah oren, aku xberapa suka ngan oren, buat minum bole la kot, tp psl sayang bini aku rela bbaju mlayu oren tanpa bantahan, bbdk smua oren, baby pn oren, 3batu jauh dh nmpak, nsib baik xpink.
ReplyDeleteorang perempuan suka sedondon sebab dorang akan rasa orang yang dorang sayang tu sehati sejiwa dengan dia. huhuhu.
Deletehehehe kadang2 ada jugak buat2 bz bila bos lalu...hihihii *tutup muka*...
ReplyDeletemasak ape tuk suami? :)
hehe. kadang-kadang bila kantoi sengeh je kat boss.
Deletemasak sambal tumis je. hehehe.