Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 4, 2014

dah tu nak cari jodoh kat mana?


Assalamualaikum

Selamat pagi kepada gadis-gadis comel, cik adik manis, kakak-kakak yang cun lagi gojes dan abang-abang tegap yang gagah lagi perkasa bagaikan badang sedang mencabut pepohon yang rendang. Woha. Introduction yang tak berguna nampaknya. Apa khabar korang? Perasaan korang? Jiwa korang? dan hati korang? Sunyi?

Huhu.
Tak tau nak cakap apa dah.

Salah satu daripada azab perasaan yang selalu melanda manusia adalah perasaan sunyi. Sunyi tu maksudnya sendirian. Tak ada teman. Tak ada orang kawan. Dah jadi sifat manusia, Tuhan ciptakan bepasang pasangan. Oleh itu kalau korang rasa sunyi ia adalah sesuatu yang normal untuk kita hadapi. Walaupun benda tu normal tapi korang kena usaha hapuskan perasaan sunyi tu. Dan salah satu caranya adalah dengan cuba cari pasangan masing-masing.

Wah. Sebenarnya dalam bahasa ringkasnya aku nak cerita pasal mencari jodoh. Saja ja aku buat ayat panjang-panjang dengan harapan tak nak bagi entri ni nampak pendek. Lagi pun bagi menjaga tatasusila dan kredibiliti orang melayu yang mementingkan bahasa kiasan, kesopanan, keluhuran dan perlembangaan, aku perlulah pelihara warisan bangsa aku. Huhu.

Dah, nak cari kat mana jodoh tu?


Carilah kat tempat yang Allah suka. Nak cari jodoh kena mintak dengan Allah. Memang jodoh dah ditentukan sejak korang masih baby lagi. Tapi korang kena usaha jugak. Contoh macam rezeki jugaklah. Korang lapar. Tapi korang tak makan. Dengan alasan rezeki itu Allah tentukan. Nasik tak ada kaki. Jadi korang kena usaha dapatkan ia. Macam tu jugak dengan jodoh.

Pergi ke tempat yang Allah suka. Let’s say ya, untuk korang yang jenis tak ada masa aku sarankan agar korang rajinkan diri pergi sembahyang kat masjid. Paling tidak maghrib dan isyak. Korang tahu tak, orang tua-tua suka sangat tengok kalau orang muda macam korang pergi masjid tau. Lepas solat jemaah korang tunggu sampai habis dan salam lah dengan dorang. Salam cium tangan tau. Baru teserlah kesopanan dan kesusilaan tu. Huhu. Tapi serius. Aku tak tipu. Tak percaya korang try dalam seminggu ni. Nescaya akan terpautlah hati bakal-bakal mertua yang ada. Aku dah try dah dulu. Nak cerita kat korang pun aku malu sebenarnya. Huhuhu. Tapi aku cerita jugak la.

Antara kelebihan yang korang boleh dapat, time sementara nak tunggu solat jemaah start korang berdoa banyak-banyak, sungguh-sungguh dan berserah bulat-bulat. Iaitu antara azan dan iqomah. Sebab waktu tu adalah antara waktu berdoa yang mustajab. Selain dari tu niat korang kena betul jugak la. Sembahyang tu kerana Allah. Pergi masjid tu kerana Allah. Cari jodoh kerana Allah. Haa. Nampak tak permainan kat situ? Semua seiring sejalan. Pahala tahu semua tu.

Okei sampai sini saja. Semoga korang jumpa jodoh yang diidamkan. InsyaAllah.




3 comments :

  1. ntah la ek, ssh nk ckp, hal jodoh maut dn rezeki cma Allah yg tau, kita cma mrancang.
    pagi kluarkn duit dri dinding bank tghari dah sondol kereta org, kopak 2bln gaji.
    pagi buat mdical chekup dktor kata perfek xde pnyakit bole idup lama ptg dh ada kat bwh tayar lori.
    bcinta bagai nk rak ngan rahim tp bnikah ngan kassim.

    apa pn jgn bhenti bdoa, wlupun aku ni jantan tp aku dpt la jgk paham keresahan kaum pompuan, nk jual mahal nt xlaku, nk jual murah kang org kata gedik.

    sabo je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. asam garam hidup macam tu la. nak tak nak kena redah.

      Delete
  2. aku berasa suka nk tambah lg..

    org laki zmn skrg jauh beza ngn org laki zmn moyang kita, zmn moyang kita bole dikatakn xde bnyk beza antara lakinya, bangun pg pegi kebun ptg balik mlm tido, kurang tpelajar dn kurang DHA dlm susu botol, jd kurang cerdik utk menipu.
    xbnyak pilihan, semua sama, xde kerisauan tntang jodoh, ssiapa pn bole jd suami.


    zmn skrg jgn memain, cabaran utk mmilih suami ibarat mmilih kain kapan sndiri, penuh suspen, nmpak sempurna bila dialam bunga dan pelangi cinta, dh nikah baru tau.

    kita org melayu islam masih lg pegang rekod cerai berai.

    TAWAKAL.

    ReplyDelete