Assalamualaikum
Selamat petang. Selamat
datang ke alam Wawasan 20sen20sen. Alam menuju ke arah era globalisasi. Dunia tanpa
sempadan. Dunia tanpa batasan. Dunia yang tiada halangan. Hai gadis-gadis comel
yang bercita-cita tinggi. Yang nak hidup senang lenang. Bersama dengan kekasih
hati yang duitnya boleh buat kenduri tujuh hari tujuh malam tanpa perlu untuk
berkeluh-kesah. Yeah. Nak berangan bolehlah. Haha. Dan holla kepada encik-encik
hemsem lagi segak bergaya. Yang bukan saja ada rupa tapi poket pun mempunyai
kadar pengembangan yang sejajar dengan kedudukan ekonomi semasa.
Dunia sekarang
adalah dunia yang sangat rumit. Rumit dengan masalah ekonomi. Ekonomi sendiri.
Ekonomi negara. Memang, orang cakap buat apa nak ambik tahu tentang hal ehwal
ekonomi negara. Tumpu pada poket sendiri, lepas tu diam-diam sudah. Tapi itu
dulu. Sekarang dah tak boleh nak buat macam tu dah. Sebab bila ekonomi negara
tak stabil maka nescaya ekonomi poket sendiri jugak akan turut bergelora. Huhu.
Lepas tu kan,
bila ekonomi tak stabil dan tak tentu hala, maka dengan itu rakyat marhaen akan
cuba bangkit untuk menuntut segala hak. Hak dari segenap sudut aspek kehidupan.
Hak daripada janji-janji yang telah ditaburkan. Dan secara automatik akan
wujudnya cacing dan parasit yang akan memainkan peranan dari belakang.
Lepas tu kan,
bila ada unsur tak puashati maka akan berlaku unsur-unsur pergolakan. Dan ketidakpuasan
hati manusia. Rakyat marhaen akan
menuntut bela. Cacing dan parasit akan memainkan peranan dengan lebih padu dan
jitu. Agar agenda tersendiri tercapai. Agar matlamat menepati sasaran yang
telah ditetapkan.
Lepas tu kan...
Lepas tu kan...
Lepas tu kan...
Korang fikirlah
sendiri apa akan berlaku pada masa depan. Aku dah penat. Huhuhu.