Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 30, 2014

rasa sangat tak berguna


Assalamualaikum

Selamat pagi yang pening-pening. Aku pening sebenarnya. Pening sebab arlegik dengan makanan yang dimasak oleh mamak. Tapi aku terpaksa makan demi menjaga hati ramai umat manusia. Bak kata pepatah dari Perdana Menteri tersohor negara makanan mamak diutamakan, tekak sendiri diloyakan. Hidup mamak. Huhu.

Hai gadis-gadis comel yang ayu, yang jelita dan yang secantik miss universe. Orang cantik comel bagaikan lisa suri honey pasti selalu diingati. Yang tak cantik dan comel pulak macam mana? Oh. Anda mungkin tak selalu diingati tapi anda tetap akan dirindui. Eh. Tetibe je.

Saya bukan siapa-siapa.
Saya tak ada apa-apa.



Orang selalu akan ingat kat kita kalau korang tu ada kepentingan. Tak kiralah kat mana-mana pun. Okei ya. Aku bagi satu contoh yang tersangat simple. Korang maybe tengah kerja kan? Dalam situasi kerja mesti korang pernah ada suatu perasaan macam tak berguna je korang wujud dalam kompeni tu. Sebab apa? Sebab korang memang tak berguna. Haha. Eh. Tak. Tak. Korang rasa macam tu sebab kadang-kadang apa yang korang buat tak dihargai.

Alah buat benda kecik pun nak suruh orang hargai.
Buat kerja tak ikhlas la tu.

Manusia fitrah kejadian dia memang suka kepada ganjaran. Ganjaran bukan sebab tak ikhlas tapi sebagai penghargaan. Memang sifat manusia macam tu jadi korang kena faham lah. Kalau korang kata korang buat kerja tak harap ganjaran, meh hujung bulan korang bagi semua gaji kat aku.

Lets say korang ada awek. Awek korang ni dia punya comel tahap super. Sebagai ganjaran korang nak kawen dengan dia. Nak dapat baby comel macam dia jugak. And of course lah korang akan buat apa saja untuk dapatkan ganjaran tu kan? Tapi apa yang korang buat dia tak hargai. Sebab dia rasa dia comel maka secara otomatik dia juga akan ingat korang akan hegeh-hegeh kat dia. Helloww. Pehlish la.



Macam tu jugak dengan situasi kerja. Dalam bab kerja orang yang berada dalam golongan bawah atau dalam bahasa indahnya supporter ni selalu kurang dihargai. Kadang-kadang hanya kerana korang buat kerja yang nampak mudah, yang pada mereka buat sambil pejam mata pun boleh siap maka ganjaran untuk buat korang rasa kembang dan sejuk hati adalah tidak perlu. Dan sekali lagi aku ulangi, helloww. Pehlish la.

Saya tak diperlukan disini.
Saya tak sumbangkan apa-apa pada mereka.

Kalau nak tahu samaada korang antara orang penting atau tidak aku bagi korang satu idea. Cuba korang ambik cuti dalam suatu tempoh tertentu. Korang tengok apa jadi bila korang tak ada? Kalau dorang kelam kabut cari korang itu tandanya kehadiran korang masih relevan dan diperlukan. Tapi kalau orang tak cari? Kalau orang tak cari maknanya korang bolehlah cuti dengan aman dan tenteram. Huahua. Pergilah bercuti. Rehatkan diri dari stress.  

Kalau kita bergantung harap pada manusia sampai meninggal korang boleh kena penyakit tekanan jiwa.

Ini pesanan serius. Tapi jangan serius sangat nanti korang tak awet muda macam aku. Hari ni hari jumaat. Mari berdoa. 




No comments :

Post a Comment