Assalamualaikum
Selamat petang
yang sangat meloyakan tekak. Dan selamat petang yang sangat menyengalkan segala
sesendi badan. Time cuti hari tu tak mahu pulak badan aku ni sakit-sakit. Kemain
sihatnya. Tuptup bila nak kerja dan-dan badan demam. Huhu. Jadi
disebabkan kekangan faktor masa dan kesihatan aku tak mampu nak update sesuatu
yang menarik untuk korang. Wah. Macam la sebelum ni aku rajin buat entri yang
best ye dak? Lain la kalau macam entri dari blogger terkenal. Macam namee
roslan, fatin liyana, irine nadia. Dorang cerita pasal life dorang pun dah
nampak menarik. Dengan gambar-gambar yang nampak canggih gitu kameranya.
Aku punya blog nak
bubuh gambar yang aku snap sendirik pun segan. Kemera pakai kemera handphone
yang zaman sekarang ni orang tak pakai dah tahu. Nokia Classic kejadah menda
aku pun tak ingat dah jenis dia. Yang jenis bila ambik gambar muka jadi kelabu
asap gitu. Sobs. Tapi aku gembira pakai handphone tu sebab aku boleh buat
lemparan cakera sesuka hati tanpa ragu-ragu. Campak terpelanting pun jiwa tak
resah gelisah. Nak beli kamera DSLR lagilah tak mampu. Boleh hapus gaji aku
untuk tempoh beberapa bulan mendatang. Sobs. Sobs lagi.
Kalau nak
bercerita tentang life aku, mesti korang bosan. Sebab cerita aku hanya sesuai
untuk dijadikan ubat tidor korang dan paling kuat pun boleh menyebabkan tekanan
darah korang naik mendadak tanpa disuruh-suruh. Sebab apa? Sebab tak best. Aku kerja
pergi bersiar-siar di rumah orang. Dapat kes rumah banglow aku akan
bersiar-siar sambil berangan. Oh man, besaq rumah dia habaq hang. Kalau nasib
tak baik, mahu tuan rumah yang khianat akan melepaskan anjing peliharaan untuk
bermanja-manja dengan aku. Korang pernah ke kerja sambil berlari berkejaran
dengan anjing? Nampak happening gitu. Sobs. Sobs.
Tapi tak apalah.
I love my life. My blog. My readers. Muah untuk kamu.
No comments :
Post a Comment