Assalamualaikum
Selamat petang
yang dah masuk ke waktu magrib. Aku sekarang ni sedang menaip. Sambil hirup
kuah maggi. Dan pada waktu yang sama aku tengah tengok orang bergimnastik dalam
tv. Oh. Lentiknya badan kanak-kanak itu. sebelum masuk ke waktu magrib aku nak
sajikan kepada korang jawapan kepada persoalan yang seringkali jadi perdebatan.
Yeah. Aku pun tak terkecuali sebenarnya.
Inai.
Apa hukum orang
perempuan pakai inai berukir? Dan apa hukum kalau orang lelaki pakai inai?
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian
Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Diharap semuanya jelas, terang lagi nyata lah ya.
Rujuk : www.e-fatwa.gov.my
No comments :
Post a Comment