Assalamualaikum
Selamat
tengahari yang dah masuk ke pukul berapa ntah. Haha. Aku pun tak tahu. Hello
kepada gadis-gadis semasa yang sangat gigih mengadap komputer. Buat kerja
sampai boleh juling biji mata. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang sangat serius
dalam menyelesaikan masalah yang manusia cipta. Wah. Nak menyalahkan orang lain
pulak ye. Mana boleh salahkan orang tahu. Bila bekerja kita kena tanggung dan
hadam segala permasalahan bersama-sama. Barulah kerja akan jadi sangat seronok
dan harmoni. Kalau kena hadam sorang-sorang memang akan berbakul-bakullah
kata-kata makian akan diterima. Itu sangat tidak bagus.
Masalah.
Pemasalahan dan
penyelesaian.
Kerja dan
masalah saling bergantungan. Saling tak dapat dipisahkan. Bak kata orang zaman
dahulu kala, bagaikan aor dengan tebing. Bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan
romeo dengan juliet. Huhu.
Kadang-kadang
masalah kerja tu dicipta oleh orang yang suka cari masalah. Walhal masalah itu
tak perlu wujud dalam kamus kerja korang pun sebenarnya. Dan kadang-kadang
masalah tu ada baiknya kalau wujud sebab benda tu boleh latih korang untuk
berfikir dengan lebih kreatif. Bak kata-kata pujangga, berfikir diluar
tengkorak. Tapi kadang-kadang je lah. Kalau selalu sangat buat masalah,
bermasalah dan mendatangkan masalah mohon untuk pergi meninggal.
Bahasa kasar
kan?
Hukhuk.
Maaf.
Adalah lebih
baik kalau kita tidak cuba mencipta masalah yang boleh menyebabkan orang lain
bermasalah. Kalau ada masalah yang perlu dihadap beramai-ramai, eloklah kiranya
korang hadam masalah itu secara berjemaah. Tak baik kalau korang tinggalkan
masalah yang telah tercipta macam tu saja. Dan paling tak baik bila korang
bertungkus lumus menyelesaikan pemasalahan yang wujud dan timbul secara
tiba-tiba tetapi orang lain pulak yang nikmati hasil dan dapat nama.
Pasrah?
Tidak mungkin
barangkali.
Betul apa yg ditulis oleh puan, sbagai manusia yg smenjak lahir mmg dlahirkan bsama dgn masalah, masalah dtg dn pergi, senang cerita manusia yg tiada masalah adalah manusia yg paling bmasalah skali dlm dunia, iaitu masalah mental, hanya orang giler je yg tiada masalah, jadi bersyukur le dgn masalah2 yg dihadapi dan anggap la ia 1 ujian dari Allah selain mnunjukkan yg kita adalah manusia yg normal dan waras pemikiran.. huhuhu.
ReplyDeleteAda bberapa petua nk dkongsikan bsama dlm mghadapi masalah yg mngiringi kita spanjang meniti usia tua ni.
ReplyDeleteAntaraya ialah fokus pada ayat ni:
"kita yg kontrol keadaan, bukan keadaan yg kontrol kita"
Insya Allah, stiap prmasalahan ada pnyelesaian.
Ayat pergi meninggal tu mmg lembut dn manja, puan bole juga gunakan ayat ini sbagai plengkap ayat, sy slalu juga gunakan jika keadaan dluar kawalan:
"sedara, benti-benti le jadi orang!"
terima kasih bagi pendapat ^^
ReplyDelete