Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 30, 2014

perempuan dan kereta memang tak sehaluan


Assalamualaikum

Selamat petang yang penuh dengan debaran. Mahu tak berdebar jap lagi mama aku nak datang rumah. Nak buat spot check. Rumah aku tu dah la bagaikan istana. Wuwuwu. Kesat peluh kat mata jap.

Hai gadis-gadis comel yang sangat pandai memandu. Sekarang ni JPJ duk kalut buat roadblock. Nak tahan mana-mana kenderaan yang pakai tinted melebihi had dan kapasiti yang dibenarkan. Tapi aku sokong jugak usaha murni dorang tu. Bukan apa, kalau korang pakai tinted orang lain tak nampak bahawa sesungguhnya kereta yang dipandu itu dipandu oleh jejaka hemsem. Itu boleh mendatangkan kerugian tu. Bak kata pepatah disebalik kereta yang dipandu tenang, jangan disangka tiada orang hemsem didalamnya. Huhu.



Perempuan dan kereta.

Perempuan dan kereta kadang-kadang dorang memang ditakdirkan untuk tidak bersefahaman. Dan kadang-kadang lain difaham lain yang dibuat. Sebenarnya penting untuk orang perempuan memahami isi hati dan perasaan kereta. Kalau sesak-sesak sekurang-kurangnya tahulah jugak korang nak buat apa yang patut kan?

Janganlah hendaknya korang jadi macam aku. Aku hanya tahu drive. Isi minyak. Drive lagi. Isi minyak lagi. Pam tayar? Oh no. Aku dah cuba nak pam tayar tapi sampai sekarang tak lulus-lulus. Huhu.

Oleh itu jangan jadi macam aku tau.
Ingat pesan aku.
Jangan jadi macam aku. 
Jangan. 




No comments :

Post a Comment