Assalamualaikum
Selamat petang
sekali lagi kepada gadis-gadis. Ya. Gadis. Perempuan dan wanita. Apa khabar? Sihat?
Yeah. Baguslah. Orang perempuan kena jaga kesihatan baik-baik sebab kalau tak
jaga kesihatan macam mana korang nak pelihara tahap keayuan, kecomelan,
kejelitaan dan kecantikan korang pada tahap yang maksimum kan? Mana mungkin
korang boleh nampak cantik kalau korang tak sihat. Sihat fizikal dan mental. Sihat
rohani dan sihat jasmani.
Dah lama sungguh
aku tak bercerita tentang keunikan orang perempuan ni. Orang perempuan memang
unik. Dan salah satu uniknya perempuan dorang boleh buat banyak benda dalam
satu masa. Okei. Aku bagi contoh yang sangat terdekat dengan jiwa dan hati
sanubari korang. Kalau korang tengok mak korang, macam mana dorang buat kerja?
Kebanyakkannya buat
banyak kerja dalam satu masa kan? Nak nak pulak kalau korang tu jenis
adik-beradik yang rapat-rapat. Can you imagine macam mana hebatnya mak korang
membesarkan korang. Waktu tu lah nak memasak. Lepas tu dan dan pulak time tu
jugak korang nangis-nangis kena sepak dengan abang korang. Tapi dengan
kehebatan yang ada mak jugaklah yang boleh jadi pendamai dunia.
Okei sampai takat ni je. Aku tak
boleh nak taip panjang-panjang sebab aku dah tak ada idea.
Huahua.
No comments :
Post a Comment