Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 30, 2014

pertandingan sayembara penulisan novel, cerpen, puisi 2014 : tarikh tutup 31 januari 2015


Assalamualaikum

Selamat petang. Hai gadis-gadis comel yang pandai mengarang. Yang suka berangan. Yang suka berfikir tentang masa depan. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang suka pasang impian. Impian nak kawen dengan gadis indaman hati. Impian nak jadi hero dalam cerita hidup sendiri.

Actually korang memang dah jadi hero dah. Cuma korang perlu upgardekan diri korang tu supaya korang boleh jadi hero idaman malaya. Yang jadi rebutan. Yang jadi sasaran. Yang jadi tumpuan. Tapi tak apa. Yang paling penting korang kena jadi hero yang super gagah perkasa dalam hal ehwal dunia dan akhirat bersama dengan heroin yang bakal ditakdirkan untuk korang nanti. Korang jangan jadi macam Nobita pulak. Asyik nangis-nangis je. Sizuka pun tak suka kalau macam tu tahu tak.

Untuk korang yang kuat berangan mohon untuk tidak sia-siakan skill berangan korang tu. Korang boleh masuk pertandingan ini. Mana tahu ada rezeki boleh rembat duit puluhan ribuan ringgit. Lepas tu boleh meminang anak dara orang. Ye dak?



Untuk maklumat yang lebih padu dan jitu mohon untuk pergi ke website ni. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

Semoga berjaya untuk berangan bagi tempoh lapan bulan yang mendatang. 





perempuan dan kereta memang tak sehaluan


Assalamualaikum

Selamat petang yang penuh dengan debaran. Mahu tak berdebar jap lagi mama aku nak datang rumah. Nak buat spot check. Rumah aku tu dah la bagaikan istana. Wuwuwu. Kesat peluh kat mata jap.

Hai gadis-gadis comel yang sangat pandai memandu. Sekarang ni JPJ duk kalut buat roadblock. Nak tahan mana-mana kenderaan yang pakai tinted melebihi had dan kapasiti yang dibenarkan. Tapi aku sokong jugak usaha murni dorang tu. Bukan apa, kalau korang pakai tinted orang lain tak nampak bahawa sesungguhnya kereta yang dipandu itu dipandu oleh jejaka hemsem. Itu boleh mendatangkan kerugian tu. Bak kata pepatah disebalik kereta yang dipandu tenang, jangan disangka tiada orang hemsem didalamnya. Huhu.



Perempuan dan kereta.

Perempuan dan kereta kadang-kadang dorang memang ditakdirkan untuk tidak bersefahaman. Dan kadang-kadang lain difaham lain yang dibuat. Sebenarnya penting untuk orang perempuan memahami isi hati dan perasaan kereta. Kalau sesak-sesak sekurang-kurangnya tahulah jugak korang nak buat apa yang patut kan?

Janganlah hendaknya korang jadi macam aku. Aku hanya tahu drive. Isi minyak. Drive lagi. Isi minyak lagi. Pam tayar? Oh no. Aku dah cuba nak pam tayar tapi sampai sekarang tak lulus-lulus. Huhu.

Oleh itu jangan jadi macam aku tau.
Ingat pesan aku.
Jangan jadi macam aku. 
Jangan. 




rasa sangat tak berguna


Assalamualaikum

Selamat pagi yang pening-pening. Aku pening sebenarnya. Pening sebab arlegik dengan makanan yang dimasak oleh mamak. Tapi aku terpaksa makan demi menjaga hati ramai umat manusia. Bak kata pepatah dari Perdana Menteri tersohor negara makanan mamak diutamakan, tekak sendiri diloyakan. Hidup mamak. Huhu.

Hai gadis-gadis comel yang ayu, yang jelita dan yang secantik miss universe. Orang cantik comel bagaikan lisa suri honey pasti selalu diingati. Yang tak cantik dan comel pulak macam mana? Oh. Anda mungkin tak selalu diingati tapi anda tetap akan dirindui. Eh. Tetibe je.

Saya bukan siapa-siapa.
Saya tak ada apa-apa.



Orang selalu akan ingat kat kita kalau korang tu ada kepentingan. Tak kiralah kat mana-mana pun. Okei ya. Aku bagi satu contoh yang tersangat simple. Korang maybe tengah kerja kan? Dalam situasi kerja mesti korang pernah ada suatu perasaan macam tak berguna je korang wujud dalam kompeni tu. Sebab apa? Sebab korang memang tak berguna. Haha. Eh. Tak. Tak. Korang rasa macam tu sebab kadang-kadang apa yang korang buat tak dihargai.

Alah buat benda kecik pun nak suruh orang hargai.
Buat kerja tak ikhlas la tu.

Manusia fitrah kejadian dia memang suka kepada ganjaran. Ganjaran bukan sebab tak ikhlas tapi sebagai penghargaan. Memang sifat manusia macam tu jadi korang kena faham lah. Kalau korang kata korang buat kerja tak harap ganjaran, meh hujung bulan korang bagi semua gaji kat aku.

Lets say korang ada awek. Awek korang ni dia punya comel tahap super. Sebagai ganjaran korang nak kawen dengan dia. Nak dapat baby comel macam dia jugak. And of course lah korang akan buat apa saja untuk dapatkan ganjaran tu kan? Tapi apa yang korang buat dia tak hargai. Sebab dia rasa dia comel maka secara otomatik dia juga akan ingat korang akan hegeh-hegeh kat dia. Helloww. Pehlish la.



Macam tu jugak dengan situasi kerja. Dalam bab kerja orang yang berada dalam golongan bawah atau dalam bahasa indahnya supporter ni selalu kurang dihargai. Kadang-kadang hanya kerana korang buat kerja yang nampak mudah, yang pada mereka buat sambil pejam mata pun boleh siap maka ganjaran untuk buat korang rasa kembang dan sejuk hati adalah tidak perlu. Dan sekali lagi aku ulangi, helloww. Pehlish la.

Saya tak diperlukan disini.
Saya tak sumbangkan apa-apa pada mereka.

Kalau nak tahu samaada korang antara orang penting atau tidak aku bagi korang satu idea. Cuba korang ambik cuti dalam suatu tempoh tertentu. Korang tengok apa jadi bila korang tak ada? Kalau dorang kelam kabut cari korang itu tandanya kehadiran korang masih relevan dan diperlukan. Tapi kalau orang tak cari? Kalau orang tak cari maknanya korang bolehlah cuti dengan aman dan tenteram. Huahua. Pergilah bercuti. Rehatkan diri dari stress.  

Kalau kita bergantung harap pada manusia sampai meninggal korang boleh kena penyakit tekanan jiwa.

Ini pesanan serius. Tapi jangan serius sangat nanti korang tak awet muda macam aku. Hari ni hari jumaat. Mari berdoa. 




Wednesday, May 28, 2014

dua puluh lapan mei, 2014


Assalamualaikum

Wordless Wednesday. Padahal aku tak ada idea nak tulis sebenarnya. Huhu.


Okei. Bai. 




sultan perak : sultan azlan shah mangkat


Assalamualaikum

Selamat petang yang mendung. Langit suram. Nampaknya hari macam nak hujan. Hari ni 28 Mei 2014 DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat. Meninggalkan negeri dan rakyat yang berada di bawah tampuk pimpinannya.


Semoga baginda ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Semoga syurga tempatnya.
Setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Tuhan yang Maha Esa.
Pasti. Mesti.




lelaki akan nampak sangat hemsem bila buat kerja rumah


Assalamualaikum

Woha. Tajuk macam nak mengata orang kan? Jap jap. Korang jangan salah anggap tau. Aku tak ada niat nak mengata. Dan sebagai perempuan baik, berbudi pekerti, keluhuran perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan, adalah tak manis kiranya aku mengata orang depan-depan. Bak kata orang Inggeris don't judge the entry by it's title. Hoih. Hancur bahasa. 

Selamat petang. Hai gadis-gadis comel yang sedang mengemas beg. Yang sedang pebetul makeup sebelum ke balai pelepasan untuk pulang ke pangkal sarang. Yang tengah kalut-kalut berbaris untuk tumbprint out. Haruslah kalut. Lepas habis kerja banyak pulak tanggungjawab kena buat. Standardlah tu kalau korang bergelar perempuan. Huih. Penat aih.

Aku masih kat opis. Bukan buat overtime. Aku balik lambat bukan apa, sebab aku nak bagi laluan kat orang lain supaya boleh balik dengan lebih cepat dan pantas. Aku paham. Dorang ada komitmen yang lebih padu untuk dilaksanakan. Baik kan aku? Dah lah baik, memahami pulak tu. Huhu.

Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang orang selalu label korang sebagai lelaki yang suka buat sepah. Tak suka mengemas pulak tu. Kain baju kat mana berdiri kat situlah berlonggok. Padahal korang tak macam tu pun sebenarnya. Heh.


Oh. Mai. Sweetnya dia kemas rumah. Habuk dilonggok kat tepi dinding.
Dalam hati nangis sebenarnya. Wuwuwu. 

Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya ada perasaan nak tolong ye dak? Sobs. Kesat hingus jap.

Barang siapa yang ada pembantu menguruskan hal ehwal dalaman rumahtangga nescaya akan untunglah anda. Kadar keberuntungan yang korang miliki itu jauh lebih baik daripada orang yang ada disekeliling korang tau. Ye la. Bak kata orang tua-tua ringan sama dipikul, berat pun sama-sama dipikul jugak. Wonderpet mesti suka kalau tengok korang saling bekerjasama.

Untuk korang yang dapat partner ringan tulang mohon untuk angkat tangan sekarang dan berdoalah adalah perasaan ringan tulang itu kekal untuk hari-hari yang mendatang. Tidak bermusim. Tidak pula ada makna yang tersirat mahupun yang tersurat.

Dan yang paling penting kat sini aku nak bagi tahu, orang lelaki kalau buat kerja rumah serius korang nampak hemsem. Kalau tak percaya nanti korang boleh try. Ambik penyapu and then sapu sampah sambil tengok cermin.

Hemsem kan orang dalam cermin tu?





Tuesday, May 27, 2014

kad raya : tema lebah comel berkeliaran tanpa pedoman


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis comel yang kekenyangan. Tadi aku belek-belek entri lama dan terjumpa pulak kad raya yang aku design khas untuk jabatan aku. Design dengan penuh kasih sayang bukan senang kamu tahu. Nak design otak kena relek. Dan yang paling penting kena berangan kuat-kuat. Tu sebab aku suka berangan. Orang selalu salah anggap dan salah tafsir tentang aku. Dorang tak tahu. Aku sebenarnya berangan bukan saja-saja nak berangan. Aku berangan untuk masa depan dan pencapaian kad agar lebih kreatif, jitu dan padu hasilnya. Huhu.

Kad raya ni tahun 2013. Tema dia lebah dengan tagline habis madu sepah dibuang. Eh. Tak tak. Tagline dia teamwork okei. Teamwork. Atau dalam bahasa wonderpetnya "apa yang penting?! bekerjasama!"



Comel kan? Dalam banyak-banyak kad aku buat, kad untuk zaman ini lah yang paling aku suka. Sebab bila aku tengok kad ni je mesti otomatik aku rasa macam comel je, macam cute je. Hukhuk.

Untuk ibu-ibu mengandung dilarang tengok kad aku ni. Kang tekenan payah. 

Okei bai bai with love. 





tips macam mana nak meminang sambil membeli rumah


Assalamualaikum

Wah. Tajuk kemain lagi.
Selamat pagi kepada gadis-gadis comel yang masih setia menunggu dan menanti dengan penuh harapan agar anak raja yang diidam-idamkan datang masuk meminang. Oh. Nak berangan boleh. Dipersilakan. Haha. Tapi korang jangan haraplah keadaan itu akan berlaku. Persaingan sangat sengit tahu. Korang kena bersaing dengan artis-artis yang ada kat bumi Malaysia ni. Kalau korang takat rakyat marhain macam aku, lebih baik kiranya korang hentikanlah hasrat suci murni itu. Kita cari yang lain okei. Yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi.

Dan selamat pagi jugak kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang gigih menaiktarafkan diri agar lebih nampak hemsem selari dengan kedudukan matawang ringgit malaysia agar boleh menjadi rebutan para mentua seantero malaya. Zaman sekarang ni nak buat anak orang jadi isteri bukan senang. Korang kena mempersembahankan kepulan-kepulan duit sebagai bukti yang korang dah betul-betul bersedia nak kawen. Itulah realitinya.

Kalau tengok standard duit hantaran sekarang ni berbelas ribuan ringgit. Guna untuk majlis sehari. Bebanan tanggungnnya boleh sampai ke mati. Huhu. Tapi sebenarnya duit hantaran tu korang boleh buat aset.


Duit hantaran dalam bentuk deposit beli rumah

Aku nak bagi korang tips 2 in 1. Let say ya, korang nak kawen, lepas tu mentua pulak letak RM15ribu sebagai hantaran. Wah. Kembang kempis hidung tahan terkejut kekdahnya. Jadi bagi untuk mengelakkan pelaburan korang tu habis untuk majlis yang hanya sehari tu je,  aku cadangkan kat korang duit hantaran tu dibuat dalam bentuk deposit beli rumah. Time nak kawen tu korang buat replika rumah besar-besar. Lepas tu letak depan mentua. Bubuh sekali dengan harga rumah.

Hantaran yang simple

Okei. Korang dah buat hantaran replika rumah kan? So, untuk hantaran yang seterusnya aku syorkan korang buat yang simple-simple je. Tak payah mahal-mahal. Sebab replika rumah tu sebenarnya dah banyak mengaburi mata-mata pemerhati yang ada nanti. Sekadar letak telekung, sejadah, kitab ilmiah, tafsir Al-Quran, kek, buah dan cokelat. Macam seimbang je kan. Nampak tak permainannya kat situ.

Dah tu duit nak buat kenduri macam mana?

Islam kan dah bagi garis panduan. Dalam perkahwinan tu yang wajibnya nikah. Lepas tu buat hebahan melalui kenduri. Panggil orang makan-makan. Sanding-sanding, tangkap gambar posing-posing, bagi goodies, berkaraoke, DJ apa bagai tu semua tak perlu pun. Tu semua pengaruh zaman Parameswara je tu. Kalau nak buat simple-simple boleh buat macam kat bawah. Buat apa yang patut je.

Mini pelamin + baju lelaki dan perempuan + mekap
Makan-makan panggil tak ramai
Khemah + kerusi meja


Malu buat majlis simple?

Kalau malu, korang tengoklah replika rumah yang bakal korang hidup dengan pasangan korang nanti. Dan bayangkan betapa indahnya hidup yang korang nak bina lepas kawen. Ala relek la. Malu pun sehari dua je. Lepas tu apa lah sangat yang orang keliling nak ingat. Sungguh. Korang bukan hidup untuk orang. Korang jugak bukan kawen untuk memenuhi kehendak dan citarasa orang lain. Kalau asyik fikir pasal orang sampai meninggal pun tak selesai tahu.

Lepas tu kalau mak ayah korang bantah cadangan buat simple-simple korang pujuk la dorang baik-baik. Korang cakap macam ni tau, “mak mak, bakal menantu mak tu dah bagi sebijik rumah sebagai hantaran, jadi apa salahnya kalau kenduri kita buat simple je. Hukhuk” sambil buat muka sekupang dua. Lepas tu cium-cium sikit pipi mak tu. Huhu.

Bijak tak cadangan aku? Tak bijak?
Haih. Penat aku berpikir tau.
Lap peluh kat dahi jap.




Saturday, May 24, 2014

hubungi nombor disini jika ingin membantu 5 beradik yatim piatu ini


Assalamualaikum

Selamat malam yang guruh berdentum-dentum. Kalau dengar bunyi guruh tu bagaikan langit macam nak runtuh je gayanya. Serius. Sangat menakutkan. Kalau kiamat memang tak sempat nak bertaubat. Huhu.

Hai gadis-gadis comel yang berperikemanusiaan. Yang bertimbang rasa. Yang berhati mulia. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang budiman. Yang jutawan. Yang hartawan. Kalau ada harta lebih tu sedekah la sikit pada yang memerlukan. Nescaya semakin hemsem dan segak menawan hendaknya korang nanti tau. Huhu.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2F1.bp.blogspot.com%2F-URlBoJdmVr8%2FU39Um9hW1HI%2FAAAAAAAAIOQ%2Fcw4UuYCeahE%2Fs1600%2Fkm4.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fbm.harakahdaily.net%2Findex.php%2Fterbaik-dari-blog%2F95-terbaik-dari-blog%2F28111-sekelip-mata-5-beradik-jadi-yatim-piatu&h=600&w=447&tbnid=UjECkFnrkGmYIM%3A&zoom=1&docid=_xD_duJp55AEnM&ei=aZqAU_KlKISB8gX3u4DACw&tbm=isch&ved=0CFIQMygAMAA&iact=rc&uact=3&dur=989&page=1&start=0&ndsp=19

Ada 5 beradik yang jadi anak yatim piatu sekelip mata. Ibu dan ayah dia eksiden. Berita sayu yang menggemparkan seluruh negara. Yang sulung baru 16 tahun. Yang kecik sekali baru 2 tahun. Aku tahu. Korang semua berhati mulia. Ada yang nak tolong tapi tak tahu macam mana. So kalau korang nak hulurkan bantuan dan ringankan beban boleh telephone nombor ni.

014-745 7485

Aku dapat nombor ni time tengok berita kat tv3. Jadi cepat-cepat aku menyalin apa yang patut.

Semoga hidup korang diberkati Allah. Membela nasib anak yatim ni besar ganjarannya tau. Ujian buat anak-anak ini bermakna ujian untuk kita jugak.

Al-Fatihah buat ibu dan ayah anak-anak itu. Untuk semua umat Islam juga. 




apa hukum orang perempuan pakai inai berukir? dan apa hukum kalau lelaki pakai inai?


Assalamualaikum

Selamat petang yang dah masuk ke waktu magrib. Aku sekarang ni sedang menaip. Sambil hirup kuah maggi. Dan pada waktu yang sama aku tengah tengok orang bergimnastik dalam tv. Oh. Lentiknya badan kanak-kanak itu. sebelum masuk ke waktu magrib aku nak sajikan kepada korang jawapan kepada persoalan yang seringkali jadi perdebatan. Yeah. Aku pun tak terkecuali sebenarnya.

Inai.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fjoelabramson.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2010%2F07%2FHenna-Artistry.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.joelabramson.com%2Fbay-area-musical-entertainment%2Fspecialty-variety-entertainment%2F&h=374&w=547&tbnid=N8Xbtn3PrCQ8mM%3A&zoom=1&docid=ZyYOVAINldv_pM&ei=wJOAU_68C8_08QXx7IGYCw&tbm=isch&ved=0CA8QMygHMAc4ZA&iact=rc&uact=3&dur=809&page=6&start=93&ndsp=23

Apa hukum orang perempuan pakai inai berukir? Dan apa hukum kalau orang lelaki pakai inai?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2.  Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

 Diharap semuanya jelas, terang lagi nyata lah ya.

Rujuk : www.e-fatwa.gov.my