Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 24, 2013

hodoh sangat ke rupa ini?


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang berhati sangat mulia. Memandang manusia dan makhluk Tuhan seisi alam sebagai hambaNya. Dan hello jugak kepada hemsem-hemsem boy yang berhati baik. Dah la baik. Mampu jadi penyelamat buat gadis-gadis yang ada dimuka bumi ini.

Manusia adalah manusia. Yang akan menilai sesuatu bersandarkan kepada rupa. Bersandarkan kepada apa yang dilihat dengan mata kasar dan bukan menilai dengan mata hati. Orang yang mampu melihat dengan mata hati adalah orang yang tersangatlah beruntung. Orang yang mengalami kadar keuntungan yang tinggi. Huehue. Barang siapa yang dapat hidup dengan orang macam ni nescaya beliau akan menjadi orang yang tersangatlah bertuah dalam muka bumi ni. Sebab apa? Sebab orang yang melihat dengan mata hati ni dia tak akan bersifat prejudis. Dia akan sentiasa lihat pasangannya sebagai bukti kekuasaan Allah.

Betul. Serius tak tipu.


Hidup pasangannya akan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Dia akan segigih-gigihnya akan membahagiakan pasangannya. Dia akan anggap pasangannya sebagai anugerah dan amanah dari Allah. Kalau korang tengok matanya tersangatlah lain. Dia ikhlas. Sebab dia melihat pasangannya dengan mata hati. Melihat dari perspektif sebagai hambaNya.

“kamu nanti nak cari pasangan hidup biar sesuai dengan kamu”

Allah dah tentukan jodoh pertemuan setiap hambaNya. Setiap apa yang Allah temukan itu akan jadi pelengkap kepada hidup masing-masing. Kenapa perlu untuk diejek dan dikutuk? Kenapa perlu untuk kita menjadi juri dalam menilai orang lain? Adakah orang yang cantik itu hanya perlu berpasangan dengan orang yang hemsem? Adakah orang yang huduh hanya untuk orang huduh?

Lupakah mereka bahawa semua itu ciptaan Tuhan yang Maha Esa? Kenapa mereka perlu melihat manusia dalam pelbagai rupa itu dalam bentuk perbandingan? Dan bukan melihat sebagai bukti Allah itu Maha Sempurna? Menciptakan manusia bukan dalam hanya 1 pattern sahaja.

Dan sekali lagi diulangi. Beruntunglah mereka yang dapat pasangan berhati mulia ini.
Sangat-sangat beruntung. 




Saturday, February 23, 2013

bertenanglah wahai hati


Assalamualaikum

Selamat malam. Hai gadis-gadis comel yang comel. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang hemsem. Selamat membengkakkan mata dan muka sendiri. Kalau orang tengok memang tak selamat, sebab mata dan muka yang membengkak tanpa arah tuju dan pedoman sangat huduh untuk dipandang. Hu.

Dalam dunia ini, nikmat yang paling dicari-acari oleh umat manusia adalah nikmat ketenangan dalam diri. Bila korang tenang otomatik korang akan rasa bahagia. Bila korang rasa bahagia otomatik hidup korang akan rasa dilimpahi kasih sayang. Dan bila korang rasa kasih sayang itu maka otomatik perasaan tenang akan menjelma. Ia akan berputar-putar. Rasa hidup tu lengkap. Rasa hidup tu penuh. Tak perlu duit berkepok-kepok. Hanya sekadar secukup rasa saja. Penuhi keperluan. Sikit tapi cukup.

Alhamdulillah.

Bukan senang nak rasa tenang kalau jiwa selalu rasa tak keruan. Kalau jiwa selalu rasa kena garu-garu. Disebabkan oleh pelbagai sebab musabab. Perasaan tenang adalah sebuah perasaan yang sangat susah nak diungkapkan. Perasaan yang tersangatlah kool and steady. Yang Allah saja tahu apa rasanya.


Alhamdulillah.

“Aku jadi macam ni sebab dia. Segalanya hancur. Masa depan aku kabur. Kenapa tinggalkan aku bersama harapan yang terkubur?”

Gundah gulana akibat cinta adalah antara perkara yang maha hebat melanda hati manusia. Korang tengok, banyak hidup manusia lingkup sebab cinta. Tak kira apa status kamu. Kamu tu kaya ke, berharta banyak ke, kalau sekali frust sebab cinta boleh buat korang jatuh menonggeng-nonggeng. Rasa macam dah tak boleh nak hidup kat dunia ni dah.

Alhamdulillah.

Hidup lengkap segalanya. Ada duit. Ada orang tercinta tapi belum dapat menjamin yang korang akan dapat sebuah ketenangan hati yang hakiki. Berbaliklah kepada pangkal jalan. Berbaliklah ke pangkal Tuhan. Serahkan diri bulat-bulat kepada yang Maha Esa. Sebab ketenangn itu ada wujud bila kita ada dekat denganNya.

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.




Tuesday, February 19, 2013

meraung ketidakadilan


Assalamualaikum

Selamat petang. Mata bengkak. Bengkak sebab macam-macam sebab yang bersebab. Hai gadis-gadis comel yang selalu bengkak mata. Bengkak sebab menangis tanpa hala tuju dan pedoman. Dan hello kepada jejaka-jejaka hemsem. Yang bengkak hati. Bengkak hati dan makan hati. Sangat pedih tahu.

Setiap manusia ada kehidupan sendiri. Aku pun ada life aku. Dalam dunia ni tak ada manusia yang tidak ada masalah. Kenapa kena ada masalah? Sebab masalah itulah yang akan dekatkan diri kita dengan Allah. Tapi itu untuk orang yang boleh berfikir la. Kalau yang otak dungu tu dorang tak akan dekatkan diri dengan Tuhan. Dorang akan buat benda diluar batasan agama.

Bila ada masalah kita akan anggap benda tu sebagai bebanan. Dan bila masalah itu makin rumit kita akan anggap benda tu sebagai sesuatu yang tidak adil. Ya. Kita akan rasa memang tidak adil. Kenapa orang tu boleh kawen dengan mudah? kenapa kita tidak? kenapa orang tu boleh kawen dengan orang yang dia cinta? Kenapa kita tidak? kenapa orang tu boleh dapat apa yang dia nak? Sedangkan kita tidak? tidak adil la tu kan? Ya. Tidak adil untuk orang yang tidak kuat imannya.


Allah telah tetapkan setiap sesuatu untuk kita. Kita sebagai hambaNya kena pasrah dan redha dengan setiap ketentuan dariNya. Apa kamu fikir benda yang baik dan menyeronokkan untuk kamu itu adalah sesuatu yang terbaik untuk hidup kamu? Oh. Pehlish. Tidak ya. Benda yang indah-indah pada mata kasar kita adakalanya boleh datangkan mudarat dalam hidup. Kita tak tahu. Tentang masa depan. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Aku tahu bukan mudah untuk kita terima hakikat yang pada zahirnya nampak seperti tidak adil. Kerana kekuatan hati dan emosi sangat mempengaruhi. Aku berharap agar korang yang meraung kerana ketidakadilan ini mendapat kekuatan untuk menghadapi kenyataan. Bahawa sesungguhnya setiap yang sulit itu pasti akan ada kemudahan. Percayalah dengan janji Allah. Ingat dan yakinilah. Janji Allah itu pasti. 




bila dah terkena baru nak ingat tuhan



Assalamualaikum

Selamat petang hari sabtu. Hari sabtu kalau dapat jalan-jalan dengan orang yang tercinta mesti best kan? Eceh. sikit-sikit cinta. Macam la hidup kat dunia ni tujuan utama nak bercinta. Haih. Hai gadis-gadis comel yang sedang mencari arah tuju hidup dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang sedang menimba ilmu agar mampu membimbing surihati korang menuju keredhaan Illahi.

Dalam hidup ni semua orang tahu nak seronok je. Kalau boleh tak nak susah. Nak happy. Nak gembira. Nak bahagia. Semuanya nak. Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayang. Tapi hakikatnya kita lupa. Asal usul kejadian kita. Kenapa kita diciptakan. Kenapa kita ditempatkan disini. Rasa seronok dan khayalan tu dah buat kita jadi lalai dengan tujuan asal kejadian dan penciptaan kita.

Aku pun tak terkecuali dari benda tu. Sangat penipulah kalau aku kata aku tak fikir tentang benda yang seronok dan best-best kat bumi yang fana ni. Bila dah besar yang tak berapa nak besar ni, aku selalu terfikir dan berfikir. Aku ni nak jadi apa sebenarnya. Lawyer? Dokter? Majestrit? Oh. Pehlish. Bukan itu yang aku mahu. Jiwa aku kosong kot. Nak nak pulak time aku muda mudi. Belia remaja. Even aku bukan tergolong dalam golongan yang social. Aku bukan minah rayap tapi suka terperap kat rumah. Aku jugak bukan minah lepak. Apatah lagi minah rempit mahupun geng bohsia. Itu bukan ketegori aku.

Waktu tu aku suka sangat baca tentang hal yang boleh bagi aku ilmu. Ekonomi. Dunia. Semasa. Politik. Semua aku tahu. Tanya je semua aku boleh jawab. Aku tak pandang buku-buku agama ni. Apatah lagi lagu nasyid. Serius. Aku tak layan langsung nasyid. Bila dengar jiwa aku rasa nak memberontak. Aku hanya dekatkan diri aku bila time nak solat dan mengaji ja. Lain daripada tu out. Huehue. 


Sampailah suatu hari tu Allah telah bagi aku sesuatu yang cash. Hahah. Hambik kamu mardiana. Kerek sangat. Lupa dengan kuasa Allah. Lama gila kot aku mengalami fasa kemeroyanan yang tinggi. Tapi aku berlagak kool. Konon tak ada apa-apa masalah. Waktu tu aku fikir, kenapa kawan-kawan aku tak jadi macam aku? Haih. Ini tidak adil. Aku mengalami penyeksaan batin yang nyata. Huahua.

Aku kenal tentang buku-buku agama ni bukan waktu aku tengah meroyan. Tapi kebetulan time tu mama aku suruh kerja. Asyik membesarkan badan je. Apa kejadah pulak. Income tak masuk. Buat pehabeh beras. Tak kira lah kerja apa pun. And then waktu tengah meronda mama aku nampak ada job kosong kat kedai buku. Arggghhh! Hati aku memberontak. Tapi aku tak tunjuk. Tak mahu kerja kat situ. Ditakdirkan Allah dari situlah aku mula kenal apa itu ilmu agama. Huehue. Jahiliyah sungguh aku kan?

Bermula dari situ baru aku sedar tentang tujuan utama hidup. Bukan hendak memenuhi tuntutan hidup kita sebagai manusia tapi hakikatnya adalah lebih daripada itu. Untuk memenuhi kehendak kita sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta.

Terlalu panjang dan tragis perjalanan hidup aku. Hingga saat ini, dugaan masih ada dan masih berlaku. Aku redha dengan takdir dan ketentuan Illahi. Kerana Dia lebih mengetahui tentang sesuatu yang terbaik buat hambaNya. 

Allahu Akhbar.




Friday, February 15, 2013

pendapat kuli-kuli



Assalamualaikum

Selamat petang yang masuk hari jumaat. Hari orang melipat kali gandakan ibadat. Tapi ada jugak yang kalut cari duit time macam ni. Padahal kalau ikutkan kita semua kena mengabdikan diri mengadap dan menyahut seruan Illahi. Alah bukan lama mana pun. Kejap je. Tu pun susah ke?

Hai kepada gadis-gadis comel yang gigih mengumpul dana dengan hasrat dapat mengumpul duit untuk kawen kelak. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang sangat tekun mengumpul duit dangan harapan dapat menikahi dan menjadikan sigadis sebagai surihati dan surirumah korang.

Nak kumpul duit bukan senang. Kena usaha gigih. Kena kerja keras. Sekeras mana? Sekeras mana-mana je lah. Asalkan usaha nak dapatkan dengan cara yang  halal insyaAllah akan dipermudahkan.

Tapi macam biasa akibat duit niat menghalalkan cara. Korang mesti pernah dengar konsep sikit tapi cukup. Tu adalah konsep bermaksud duit yang korang dapat itu adalah duit yang berkat. Macam aku. Duit semedang je tak cukup. Adakah itu bermakna duit aku tak berkat? Huahua.


Sekarang aku berada dalam situasi tempat kerja aku. Aku tak faham. Kenapa dorang tak benarkan pakcik itu pergi sembahyang jumaat. Atas alasan kerana dia guard? Atas alasan itu tugas dan kerja yang dia perlu laksanakan? Atas alasan keselamatan? Perlu jaga kaunter takut kena rompak? Oh pehlish! Semua tu alasan nak mintak pelempang sebenarnya.

Aku kesian. Bila masuk waktu solat jumaat. Aku pandang muka pakcik tu. Lalu beliau buat muka terkulat-kulat.

Kutip la duit 24jam sekali pun kalau tak berkat tak kannya akan rasa cukup. Kalau tak jaga waktu solat. Tak ada makna.

Big big big boss aku selalu pesan, lakukan kerja demi nama baik tempat kerja aku. Lakukan kerja demi tempat kerja. Oh pehlish. Beliau sepatutnya cakap lakukan kerja kerana Allah. Barulah orang akan bekerja sungguh-sungguh. Sebab rezeki itu dari Allah. Ini lakukan kerja demi dot dot dot memang orang pakat tak buat la. Buat kerana Allah. InsyaAllah. Akan ada rezeki itu. Lagi satu buat solat dhuha. Terutamanya boss. Ajak anak buah. Boss jadi contoh. Kalau dorang tak nak buat itu terpulang. Tapi sekurang-kurangnya ada usaha baik di situ.

Aku kesal.
Tapi pendapat aku siapa yang pakai kan?
Lantak ah!
Hahahak!~