Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 22, 2011

kerana perempuan adalah unik : part 3

Assalamualaikum

hai to all mirror lovers. especially gugurls out there.

hari tu aku ada buat entri kerana perempuan adalah unik part 1 dan part 2. kali ni masuk part 3. haha. perempuan ni unik sangat. sampai aku kena buat part-part pulak.

aku jamin perempuan kat luar sana majoritinya mesti suka belek muka kat cermin. tak kira la belek muka ke tudung ke atau pebetulkan rambut, kebanyakan perempuan sangat mencintai cermin. apa jugak jenis cermin yang ada semua dorang layan. lagi clear cermin tu, lagi besar cermin yang dorang mengadap lagi happy lah hati dorang.

kalau korang perasan orang perempuan kalau lalu kat tempat bercermin tak kiralah kat mana-mana pun asalkan benda tu boleh pantulkan muka dorang yang super cute dan ayu tu mesti otomatik kepala dorang akan berpaling. kalau tak pun mata dorang akan jeling-jeling tengok cermin yang ada. serius macam ada magnet.

adakah benda ni berlaku sebab dorang tak konfident dengan diri dorang sendiri? pada aku orang perempuan suka kecantikan dan dorang nak sentiasa nampak kemas dan cantik. sebab tu la pantang nampak cermin otomatik kepala dorang berpusing-pusing.

apa pun orang nak cakap bagi aku perempuan memang unik. ya, unik dan kreatif bila dalam bab-bab melawa. ^^



bawa tombak tidak jamin
sapu tangan simpul pulih
nampak bayang dalam cermin
hendak dibawa tidak boleh


p/s: tak terkecuali



orang cantik pakai apa pun cantik

Assalamualaikum

hello to all pretty boys and ensem girls sekalian.

aku suka benda cantik. korang pun mesti suka cantik-cantik. orang cantik pakai apa pun nampak cantik. sarung apa pun nampak gojes bubuh apa pun nampak marvellous. korang tengok nora danish ni. pakai tudung bawal je. pin gitu-gitu tapi disebabkan dia ni cantik maka akan nampak cantik lah dia. hana tajima simpson pun sama. taruk kain balut kepala pusing-pusing nampak cantik jugak. sebab apa? sebab dorang cantik. anak berkacuk-kacuk mestila cantik. 

tapi tak cantik kah kita ni kalau nak dibandingkan dengan orang yang kita nampak cantik tu? orang gemuk tu tak cantik ke? orang pendek tu tak cantik ke? orang yang banyak pimple kat muka tu tak cantik? ramai yang anggap kulit putih menggebu, hidung mancung, bermata bulat, bibir merah muah muah, pendek kata semua perfect baru dikatakan cantik. cantik tu subjektif. bergantung pada mata dan persepsi korang. 

macam aku. aku tengok orang tu cantik maka cantiklah orang tu kat mata aku. aku apa pedulik, mata aku yang tengok, suka aku la nak cakap cantik ke tak. aku tengok diri aku kat cermin. kalau aku rasa aku comel maka akan comellah aku. haha geli geleman. sila muntah sekarang. 

ok. back to the topik. apa yang penting korang kena konfident dengan diri korang sendiri. konfident tu la yang buat korang jadi cantik ensem bergaya. tapi jangan over confident pulak sebab nanti mesti orang akan nampak korang macam pelik tetapi benar. lagi satu, untuk girls kalau kita tengok orang tu sarung itu ini nampak cantik gojes marvellous tapi kadang-kadang tak semstinya benda tu akan nampak cantik comel gojes and marvellous pada kita. apa yang penting korang kena pandai nak sesuaikan diri korang dengan benda yang korang nak pakai tu. ok. selamat mencantikkan diri anda.




kain batik selendang batik
basuh tikar diatas batas
adik cantik abang pun cantik
bagai dakwat dnegan kertas


p/s: kita adalah makhluk ciptaan Tuhan yang teragung 


Wednesday, September 21, 2011

tak sengaja terjumpa laksa terhirup cendol termakan magnum : kenyang

Assalamualaikum

Selamat malam kepada penggemar makanan.
Tadi lepas buat kerja kat zoo sempena jubli emas yang langsung tak dapat sambut hangit aku dan jugak budak-budak suruhan [haha] pergi pusing punya pusing cari tempat makan yang kononnya sedap. Last-last tak tahu nak singgah mana, kitorang pergi makan kat gerai tepi jalan je. Makan laksa sambil hirop-hirop cendol. Oh! Laksa dia sedap. Cendol dia yummy. 

lokasi; kamunting
gerai kecik tepi jalan je

laksa ni nampak tak senonoh dan comot-comot sebab aku dah gaul-gaul baru teringat nak snap pic. walaupun nampak tak senonoh tapi sedap. i loike. 

cendol yummy

semangat gila sampai siap bubuh peta lagi. pakcik google memang best

lepas makan laksa dan cendol aku pening-pening. kepala pusing-pusing sebab kejap aku pergi tempat sejuk [aircond] lepas tu tempat panas [kerja luar]. pening-pening pun aku sempat jugak rembat seketol aiskrim yang super best. magnum emm emm emm.


: m2m : mardiana and magnum : muah muah :


p/s: suka makan

tips tak berguna : apa kita kena buat bila kena marah

Assalamualaikum

hello and a very good morning to all my ensem and super duper cute readers. 

hari ni aku nak bagi satu tips yang tak berapa nak berguna untuk korang yang selalu kena marah, ataupun kadang-kadang kena marah tanpa sebab atau bersebab. 

ok. tips dia mudah je. kalau korang kena marah tak kira la dengan boss ke, dengan mak korang ke, benda pertama yang korang kena buat adalah korang tenung-tenung dan renung-renung muka orang tu dan set kan dalam otak korang yang antara korang dan orang yang tengah marah tu ada gap antara korang berdua. paham tak? tak paham?? 

maksudnya kat sini dalam bahasa mudahnya korang bayangkan yang korang tengah tengok adegan marah-marah dan korang pulak adalah penonton untuk adegan tersebut. mudah tak? kalau korang sepisis orang yang tak ada perasaan senang kot korang nak ikut tips ni.

aku sendiri pun tak pernah buat benda ni. hoho. jadi aku sarankan jangan buat sebab tak akan ada orang yang mampu ikut tips ni. komfem punya. tips yang paling terbaik adalah jangan buat orang lain marah. tu je. ^^


burung perling mata merah
mari hinggap pohon kekabu
saya menjeling bukan marah
hati di dalam bagai digaru

p/s: marapu di pagi hari. 

Tuesday, September 20, 2011

bila lelaki mendengar dan perempuan bercakap

Assalamualaikum

selamat petang yang macam nak hujan

gugurl: "orang lelaki kan, kalau kita bercakap selalu sangat masuk telinga kiri keluar telinga kanan!"
boboi: "orang perempuan pulak masuk telinga kiri kanan, keluar ikut mulut. huh!"



p/s: manusia itu unik


susah sangat ke nak cakap elok-elok

Assalamualaikum
Hello para perempuan dan para boboi out there.

Lokasi kejadian: pasar apa ntah kat changkat jering.
Mama: “kuih ni kira macam mana?”
Peniaga budget bagus: “3 seringgit!”
Mama: “yang sana pun sama?”
Peniaga budget bagus: “semua 3 seringgit. Tak nampak ke ada tulis tu?!”
Aku yang memang bagus: "Kalau letak macam tu siapa pun tak nampak. Lain kali letak la elok-elok!” [sambil sentap tanda harga]

Serius bongok punya peniaga. Buat tanda harga besar bulu mata lepas tu nak sound-sound orang pulak.

Aku rasa korang mesti pernah berdepan dengan situasi dimana tuan kedai atau mostly pekerja kedai yang eksyen mengalahkan tuan kedai, kerek bila melayan customer. Benda yang paling aku tak suka bila pergi kedai lepas tu dorang buat muka macam nak mintak pelempang. Lepas tu bertambah tak suka bila kita tanya jawab macam nak tak nak je dan bertambah-tambah lagi tak suka bila cakap pulak pakai nada yang kurang ajar dengan kita. Serius tak suka sungguh aku rasa.

Paling aku tak suka bila ada setengah daripada dorang yang kurang ajar dengan customer yang berusia. Korang tahu kan, kadang-kadang orang-orang tua ni dorang perlukan bantuan dan ada jugak yang tak tahu nak beli barang itu barang ini. So, apa salahnya dorang tolong dan jangan berkasar dengan orang-orang macam ni.

Aku tak tahu kenapa dorang kena jadi macam tu. Tak boleh ke nak layan customer elok-elok? Tak boleh ken nak jawab soalan elok-elok? Tak boleh ke pakai nada suara yang elok-elok? Aku tak suruh dorang layan customer lebih-lebih, tak suruh dorang dorang jawab soalan macam buat karangan lengkap dan tak suruh dorang buat suara manja ala-ala fasha sanda untuk jawab soalan aku tanya. Just be polite. Tu je. susah sangat ke??


p/s: terlebih ajar dengan orang yang kurang ajar

Wednesday, September 14, 2011

merajuk dan memujuk

Assalamualaikum

selamat petang yang nak hujan.
biasanya orang merajuk ni sebab dia terasa hati dengan kita. rasa tersinggung. terasa hati sebab apa yang diinginkan tak diberi perhatian. ada jugak orang merajuk sebab dia nak tunjukkan tanda protes terhadap sesuatu perkara dan dia merajuk sebagai tanda yang dia tak suka. bila merajuk benda biasa yang orang akan buat adalah diam, tak mahu bercakap dengan orang yang buat dia merajuk, tak mahu berkawan lepas tu buat bodo je.


merajuk ni tak kira umur. tak kira apa jugak status korang. ada setengah orang bila merajuk senang dipujuk. Ada setengah orang bila merajuk sampai ke sudah susah nak pujuk. Budak-budak kalau merajuk bagi gula-gula bagi jajan dorang dah ok. Tipu-tipu sikit pun dorang dah percaya. Bawak ronda-ronda, jalan-jalan seround dua dorang dah tak merajuk dah. Tapi kadang-kadang tu ada jugak budak yang demand. High taste. Nak itu nak ini baru hilang merajuk. Kalau memang mak ayah loaded tak apa.

Ada jugak orang merajuk manja. Bunyi macam mengada-ngada kan? Haha. Merajuk manja biasanya orang yang couple la. Suami isteri merajuk manja boleh diterima akal lagi tapi yang tak ada apa-apa lepas tu nak pulak merajuk manja rasa macam eeww. Gelimat. Pada kebiasaannya  orang perempuan merajuk bila dorang rasa macam tak dapat sokongan daripada orang yang dorang harapan kan. Rasa macam kesorangan. Rasa macam tak ada orang yang nak ambil peduli hal dorang. sebagai tanda protes dan cuba nak tarik perhatian maka dorang pun akan merajuk. Orang lelaki pulak kalau dorang merajuk pada kebiasannya dorang tak akan bercakap tentang benda yang dah buat dorang jadi merajuk. Dorang akan diam, senyap dan sepi.

Orang tua-tua pun selalu jugak merajuk. Tapi merajuk dorang jangan buat main-main. Tambah-tambah kalau dorang tu mak ayah kita. Kalau buat dorang merajuk silap-silap boleh jadi anak derhaka. Orang tua merajuk susah nak pujuk. Sebab hati dorang mudah terguris. Cepat tersentuh.

kadang-kadang kita dah buat orang sekeliling kita merajuk tanpa kita sendiri sedar. tak kira merajuk sebab perbuatan kita atau pun sebab percakapan kita sendiri. nak pujuk orang yang merajuk adakala bukan mudah. kadang-kala kita kena korbankan perasaan kita sendiri hanya semata-mata tak nak bagi orang lain merajuk.


tinggi- tinggi hingga ke pucuk
buah selasih di dalam dulang
hendak pergi, pergi lah merajuk
kekasih aku bukan seorang
[haha]

p/s: tersentap

Monday, September 12, 2011

sebab korang memang hebat

Assalamualaikum



p/s : aku tahu aku hebat haha

entri bosan huhuhu!~

Assalamualaikum

selamat petang yang amat bosan
aku tak tahu kenapa orang ni tak cuci gigi dia sebelum buat aksi macam tu. huhu.




sila klik pic untuk sumber 

p/s: bosan gila!~

Saturday, September 10, 2011

misi mencari berjaya : laksa pulas from taiping with love

Assalamualaikum

hari ni bosan tahap dewa. disebabkan bosan aku terpaksa lancarkan misi. misi cari makan untuk perut sambil hilangkan rasa bosan. aku pusing punya pusing last-last jumpa jugak makanan kegemaran aku. laksa. tapi laksa ni laksa pulas. aku tak tahu kenapa nama dia laksa pulas. nasib baik perut aku tak memulas. hoho. 

lokasi: 
simpang, taiping. 
jalan menghala ke changkat jering.


laksa pulas. sedap. aku rasa makcik ni buat laksa guna teknik pulas kot. huhu. layankan je. 

sedut air sirap

ditemani oleh sekor kucing jantan macho "puma"
puma duduk diam-diam ye. jangan kacau orang makan tau.

 gendang gendut
tali kecapi
kenyang perut
suka hati

p/s: perut kenyang belum tentu boleh happy

Friday, September 9, 2011

who do you think you are?

Assalamualaikum

apa khabar para hati yang terluka.
aku baru lepas dengar lagu JAR OF HEARTS. best pada telinga aku. kalau telinga korang rasa macam nak bernanah bila dengar lagu tersebut maka disarankan sila jangan kelik link yang aku bagi. untuk korang yang nak dengar, menghayati dan rasa macam nak jiwang-jiwang tu sila dengan senang hati kelik disini. enjoice ya.

"kamu pikir kamu siapa? 
"dah tak suka lepas tu nak balik". 
"boleh blah la lu.." [part ni aku reka. sila jangan percaya]

lebih kurang macam tu la lagu dia.


sapu tangan punca empat
dimakan api bucu yang satu
luka tangan boleh diubat
luka hati hancur lalu

p/s: she will never let someone throw her away 

budak sekarang otak biru

Assalamualaikum

Selamat hari jumaat yang indah lagi permai.
Aku rasa tersangatlah pelik dengan perangai buak-budak zaman sekarang. Nama budak tapi perangai lebih daripada budak. Aku rasa bertambah pelik macam mana budak –budak zaman sekarang boleh meliwat-liwat orang. Budak sekolah rendah pulak tu. Serius gila. Hidup pun mak ayah tanggung, UPSR pun belum tentu lepas dah gatai nak menggitu-gitu pulak. Kalau dulu aku tengok budak-budak hingusan ni kosong tak ada apa-apa, tapi sekarang aku terpaksa ubah persepsi aku tentang dorang. [bukan semua]. Walaupun nampak kecik berhingus tapi perangai mengalahkan orang dewasa. Nampaknya duduk dalam lingkungan budak-budak  pun belum tentu akan selamat. Oh dunia!~


p/s: bukan budak lagi

Thursday, September 8, 2011

cuba hormati pendapat orang lain

Assalamualaikum

korang paham tak apa yang aku nak sampaikan?

*************************************
 
walaupun seseorang tu tak pernah alami perkara itu, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana dia tak pernah alami situasi tersebut.

pasha sanda: "aku tengah frust ni. jajai tu bila la nak masuk minang aku.. wuwuwu.."
pajura cumil: "releks la. mungkin dia tengah pikir ayat power nak cakap kat mak kamu tu. kool bebeh"
sample siti: "sabar ya pasha. mungkin dia tengah cari waktu yang sesuai tu nak masuk minang kamu. cuba bawak bincang..."
pajura cumil: "diam lah kamu siti sample. kamu apa tau. kamu tak pernah rasa macam pasha sanda rasa. pasha dah bercinta dengan jajai lama tau. daripada jajai bujang, lepas tu jadi laki orang lepas tu jadi bekas orang. kamu tak pernah rasa macam mana dia rasa oleh itu  sila diam ok!"


walaupun seseorang tu lebih muda daripada kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana umurnya yang lebih muda.

pakcik m.pasir: "macam mana la nak signup pesbuk ni"
boboi boy: "pakcik tekan button ni pakcik. kalau pakcik nak saya ajar pun boleh jugak"
pakcik m.pasir: "aku tahu la apa aku nak buat. kamu budak kecik pergi main jauh-jauh"


walaupun seseorang tu kurang pengalaman daripada kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana dia tidak berpengalaman berbanding dengan kita.

dokter serba boleh: "makcik bagi anak makcik makan jusmate7 ni. nanti luka bersalin anak makcik cepat baik"
makcik petir: "kamu tak beranak mana kamu tau. aku ni jadi bidan sebelum mak kamu beranakkan kamu lagi. aku tau la jaga anak aku macam mana. nak buat apa bagi makan benda alah ni.. makan daun kayu lagi bagus."


walaupun seseorang tu kurang berpangkat berbanding dengan kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana kita lebih berpangkat berbanding dengan orang tersebut.

big big big boss: "ok. saya nak kamu buat benda ni macam tu macam ni macam gitu macam gini. apa yang saya tahu target kita untuk bulan ni mesti lebih, lebih, lebih dan berlebih-lebih daripada bulan lepas"
kuli-kuli je: "pada pendapat saya boss, kita...."
big big big boss: "apa pendapat-pendapat??!, pendapat kamu apa pun tak boleh dapat!"

***********************************
 
kalau korang tak paham buat-buat paham sudah. haha.
p/s: walaupun aku tulis panjang-panjang, tapi tak semestinya orang lain akan paham apa yang aku nak sampaikan dalam entri tersebut. wuwuwu.

Wednesday, September 7, 2011

Jangan beritahu semua orang apa yang kita tak tahu lebih-lebih lagi semua benda yang kita tahu

Assalamualaikum

ada orang sepisis yang suka bercakap, suka bagi tahu dan suka bertanya. ok. benda ni aku tengok lebih bagi manfaat kalau kita fokus kepada konteks ilmu. maksudnya kat sini kalau korang nak kongsi ilmu korang atau korang memang tak tahu tentang satu perkara tu lebih baik korang share ataupun korang tanyakan kepada orang yang tahu. ilmu kalau nak diberitahu pada semua orang tak akan jadi masalah selagi ilmu tu ilmu yang tak salah.

tapi kadang-kadang kita tak boleh bagi tahu kat semua orang apa yang kita tak tahu lebih-lebih lagi semua benda yang kita tahu. maksudnya kat sini, kalau benda yang luar daripada bab ilmu macam masalah korang ke, tak puashati dengan apa-apa benda ke pada firasat mak nujum lebih baik korang berhati-hati. pikir dulu sebelum bertindak. sebab benda-benda macam ni kita nampak macam biasa je walhal sensetif.


kenapa tak boleh bagi tahu apa yang kita tak tahu?
sebelum korang bagi tahu apa yang korang tak tahu tu, korang kena tengok jugak sepisis orang tu. jenis apakah dia? jerung? buaya? pirana? bila kita bagi tahu tentang sesuatu yang kita tak tahu kat orang lain, kebarangkalian untuk diri kita diperkotak-katik dan diguna-gunakan adalah tinggi. akan ada orang yang cuba nak ambik kesempatan kat korang. oleh itu bila rasa diri tu tak cukup ilmu adalah baik kiranya anda merajinkan diri anda untuk menuntut ilmu. baca paper banyak-banyak. tapi korang jangan pulak baca metro je. metro tu dah la pahape. tak membina minda langsung. benda ni bukan apa, kang korang kecoh kat orang korang tak tahu benda itu benda ini tak pasal-pasal karang orang cakap korang bodoh korang jugak yang sentap. 

kenapa tak boleh bagi tahu semua benda yang kita tahu?
benda ni kena tengok dari dua sudut. pertama: diri sendiri. ada orang sangat suka dan terlalu suka cerita tentang hal dia kat orang lain. semua benda nak diceritanya. luar dalam depan belakang kiri kanan habis dijaja. walaupun cerita tu hanya kat kawan kita je tapi korang kena ingat kawan korang tu ada mulut. mulut orang tak boleh tutup. 

kedua: orang lain. dalam kategori ini aku rasa ramai orang suka bagitahu semua benda yang dia tahu tentang seseorang tu kat orang lain. kalau perempuan sepisis macam ni lebih kurang macam joyah je mulutnya. lelaki pulak macam mat kepoh. mulut tak boleh cover.  walaupun kadang-kadang tuan badan cerita hal dia kat kita tak semstinya kita jugak boleh cerita hal dia tadi tu kat orang lain, walaupun tuan badan tu tak cakap benda tu "rahsia". kita kena sendiri paham la jugak. agak-agak benda tu sulit private and confidential tak payah la kita pun sibuk nak jaja sana sini. tak kan lah tiap kali orang tu ceritakan tentang masalah dia kat kita, dia perlu cakap "hey, ini rahsia. jangan bagitahu orang lain tau", penat la kalau macam tu. 


bila benda jadi macam ni maka akan wujudlah situasi "kerana pulut santan binasa", fitnah, orang tokok tambah cerita konon nak bagi lagi hot, tu belum masuk lagi kalau bab dengki, nak jatuhkan maruah apa bagai.

jadi kesimpulannya: jaga mulut masing-masing dan berhati-hati bila nak bercakap. 

p/s: tersilap cakap 

Dua perkara yang selalu berlaku semasa kenduri

Assalamualaikum

Aku sangat tak suka pergi kenduri yang ada dua perkara ini:

duduk lama-lama macam kerusi tu dia yang punya
Kalau nama pun kenduri maka korang faham-faham je la kan macam mana situasi dia. Ramai dengan manusia. Dah la ramai lepas tu tempat nak makan pun tak ada. Kalau semua orang tengah layan makanan masing-masing tu aku boleh consider lagi. Tapi yang buat aku rasa macam tak boleh blah bila ada orang bukan je dah habis makan. Lepas tu berat pulak bontot tu nak bangun dari kerusi. Siap boleh pulak borak-borak gelak-gelak apa bagai. Padahal orang keliling dah tunggu turn nak ambik tempat duduk.

Kutuk pengantin banyak komplain pulak
“la.. ingatkan lawa pengantinnya...”
“idak la ensem mana pun pengantin tu”
Ok. Hello makcik laser. Peh-lish la sedar sikit. Anda tu dah la dijemput makan. Makan free pulak tu. Sipengantin tak mintak apa-apa  pun kat anda. Semua makan minum ditanggung dorang. Tapi ada jugak yang tak berhati perut komplain pengantin macam itu macam ini. Banyak kali jugak la aku jumpa benda macam ni. Rasa macam eeww. Nak lempang laju-laju mulut dorang. Kalau aku dengar pun boleh sakit hati apatah lagi kalau tuan rumah tu sendiri.


Kesimpulannya : sebagai tetamu sila jaga adab dan tatasusila anda. Sekian ^^

p/s: lama gila tak update blog. bukan malas tapi mood raya berlebih-lebih pulak.