Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 2, 2011

kerana perempuan adalah unik : part 2

Assalamualaikum

hello perempuan comel lagi manja sekalian.
aku nak sambung cerita pasal entri kerana perempuan adalah unik.

dalam entri lepas aku ada tulis tentang perempuan ni best sebab dorang ada naluri yang boleh rasa perubahan orang keliling dia. dorang ni ada gerak hati yang super hebat lebih-lebih lagi kalau nak kesan perubahan emosi orang lain.

cuba kita tengok mak-mak orang. dorang dengan senang dapat detect baby dorang tu lapar ke, sakit ke, dengan hanya dengar suara baby menangis. dengan sepenuh kasih sayang mak ini akan cuba bagi anak-anak dia tenang. sebab tulah anak lebih rapat dengan mak berbanding dengan ayahnya. itulah istimewanya perempuan. cuba kalau bapak orang pulak. kalau dengar baby nangis jawapan yang selalu dorang bagi "baby ni nak kat mak dia ni.." tu je la pun yang dorang mampu buat.

perempuan jugak hebat sebab dorang boleh tahu perubahan suara nada orang yang bercakap dengan dorang. walaupun sikit mesti dorang boleh rasa perubahan tu. tu sebab kalau girls kena jerkah sikit otomatik muka dorang jadi ketat semacam. kalau yang jenis sensetif dan suka sentap-sentap silap-silap boleh meleleh air mata. perempuan kalau menangis nampak manja kan? manja la best. haha.

ada orang cakap perempuan ni complicated. susah nak faham perangai dorang. benda kecik benda remeh pun boleh nak jadi isu. kalau boy dorang tanya "ada masalahkah?" lepas tu girl dia jawab "tak ada masalah!", tu tandanya memang girl dia ada masalah lah tu. lepas tu boy tu mesti akan blur-blur sebab cakap tak ada masalah tapi muka macam bermasalah. bila lelaki tu tanya lagi "saya ada buat salahkah?" and then biasanya perempuan akan jawab "awak tahu tapi buat-buat tak tahu kan?". kalau korang jadi lelaki tu mesti korang rasa pening kan? haha.

kalau jadi macam tu korang pujuk je la girl korang tu. bukan susah mana pun. perempuan ni berhati lembut. pujuk-pujuk sikit nanti ok lah dia.


kerana perempuan adalah unik. wewewe!~

No comments :

Post a Comment