Assalamualaikum
selamat petang yang mendung.
macam mana mendungnya cuaca hari ni, tajuk entri ni pun mendung jugak. air mata jatuh ke perut. ok girls, korang boleh bayangkan tak macam mana kalau air mata korang tu jatuh ke perut korang yang leper lagi ramping.
Kalau air mata tu boleh jatuh sampai ke perut tu maknanya air mata yang korang perlu produce adalah dalam kapasiti yang tinggi. Menderu-deru keluar macam air paip. Nak produce air mata keluar macam air paip pulak bukan senang. Korang tonyoh cili pun belum tentu boleh keluar air mata sebanyak tu.
Air mata jatuh ke perut ni peribahasa. Maksud dia berdukacita dalam diam-diam. Dalam bahasa mudah korang sedih tapi korang sedih sorang-sorang. Tak ada siapa pun yang tahu korang tu tengah bersedih. Bak kata orang luar nampak happy tapi hati siapa yang tahu. Cewah~.
Benda ni lebih kurang macam pendam perasaan la. Orang tua-tua cakap makan hati. Dan bab makan hati ni sangat sinonim dengan para perempuan. girls adalah ciptaan Tuhan yang berhati lembut. Benda lembut kalau dicucuk-cucuk senang ada kesan. Kesan tu pulak tak akan boleh nak diperbaik. Dah la berhati lembut berjiwa sensetif pulak tu.
Dulu aku pernah cerita yang girls sangat sensetif dengan perubahan nada suara orang yang rapat dengan dia. Sekali jerkah terus sentap. Lepas tu nangis. Ok. Boys kena ingat walaupun korang nampak yang girls tu nangis and then you all pujuk-pujuk dorang dan akhirnya dengan pujukan korang yang seberapa tu girls tersebut kembali ceria tu bukan bermakna hati dorang tak terluka ok. Kadang-kadang tu girls terpaksa pretend to be happy sebab dorang nak selamatkan keadaan. dalam hati pedihnya orang tak tahu. Kang kalau diluahkan dorang kata girls ni mengada-ngada. Mengungkit la, suka emo-emo la, macam-macam lagi.
Orang lelaki pun ada jugak yang berdukacita dalam diam-diam kan. Tapi rasanya kalau lelaki pendam rasa dukacita, pun bahaya kot sebab dorang ni boleh buat benda yang extreme. So, girls and boys kalau ada masalah sila luahkan dan bincang secara profesional dan jangan ikut kepada emosi. Elakkan diri anda daripada diselubungi rasa pendam yang tak terperi. Kelak ia akan memakan diri.
Anak rusa mandi paya
Lepas mandi makan rumput
Tiada orang seperti saya
Makan hati berulam perut
yeahhhhh..likeeee..kak nana...nak update kat wall fb keh....suke2x sgt!
ReplyDeletehaha. merapu je lebih entri ni did!~
ReplyDelete