Assalamualaikum
aku suka tengok perempuan. walaupun aku perempuan aku tetap suka tengok perempuan. bukan sebab aku suka kaum sejenis aku tapi aku suka sebab perempuan adalah unik. dalam banyak-banyak perempuan aku suka tengok perempuan pregnant. walaupun perot dorang membulat tapi aku tengok dorang tersangatlah cute. orang lelaki kalau perut membulat nampak tak comel. berbanding dengan perempuan makin bulat perut dorang makin comel aku tengok.
pada aku muka perempuan pregnant ni sangat suci. bila aku tengok muka dorang nampak macam dorang tu terpelihara. maksudnya muka dorang muka tak berdosa. tak kira apa bangsa sekali pun melayu ke, cina, india aku tetap suka tengok. lebih-lebih lagi kalau muka bakal ibu tu memang dah sedia ada cute dan comel akan bertambah-tambah cute la muka dorang aku tengok.
lepas tu aku sangat kagum tengok bakal-bakal mama ni pergi ke hulu ke hilir dengan gigih bawak perut yang semakin membulat ke sana ke sini. bawak dengan sepenuh kasih sayang. pagi petang siang malam setia bersama dengan baby yang tercinta.
bila aku tengok perempuan pregnant aku selalu fikir yang perempuan ni adalah makhluk terhebat ciptaan Tuhan. terhebat sebab dalan perot [rahim] dorang ada orang. ya. dalam orang ada orang. orang yang bernyawa, yang bernafas, bermain, makan dan membesar di dalam perut orang. orang itu boleh hidup dengan sempurna dan terpelihara dalam perut orang lain.
aku jugak sangat kagum dengan ciptaan Tuhan sebab tubuh badan perempuan pragnent ni boleh bekalkan makanan untuk baby dorang. aku sangat-sangat kagum dengan makhluk ciptaan Tuhan yang satu ini. dorang bukan saja boleh bagi makan baby dari dalam perut, luar perut pun boleh.
aku ingat lagi ustaz kursus ehem ehem pernah cakap, orang perempuan ni pendek akal. dia kata kalau perempuan panjang akal dah tentu dorang tak akan beranak buat kali kedua, ketiga dan buat kali berbelas-belas kali beranaknya. sebab waktu bersalin tu bukannya senang. kalau dorang berfikir panjang tentang soal bergadai nyawa dorang tak akan beranak lagi dah. nasib baik pendek akal, kalau panjang akal belum tentu ustaz tu ada kat muka bumi ni. hoho!~
kesimpulannya Tuhan ciptakan perempuan sebagai insan yang unik. keunikan dorang ditambah dengan kegigihan dan ketabahan dorang memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang super hebat yang adakalanya melangkaui batas logik akal.
i love you mama~
p/s : aku sangat bersyukur kerana aku adalah perempuan
No comments :
Post a Comment