Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

perempuan banyak cakap suka membebel?


Assalamualaikum

A very good evening to all readers dan selamat berbuka puasa kepada korang semua.

Hari tu aku ada tulis tentang kenapa perempuan perlu bercakap. Orang perempuan memang suka bercakap sebab dalam otak dorang akan sentiasa berlegar-legar banyak benda. dari sekecil-kecil benda sampailah kepada benda yang besar-besar belaka.

contohnya dalam bulan puasa ni. dalam otak perempuan celik-celik mata je memang dah siap set dah nak masak apa untuk berbuka nanti. nak masak ke nak beli je. lepas tu bila dah dekat nak raya dorang akan fikir pulak tentang persiapan raya. selagi tak raya selagi tu dorang akan fikir. fikir fikir dan terus fikir. lepas tu dorang bukan hanya berfikir, dorang akan luahkan melalui percakapan. dorang akan cerita kat kawan-kawan, cerita kat sedara mara, atau anak beranak.


"tahun ni saya nak kita semua pakai baju macam ni macam tu"
"lepas tu perabut saya nak tukar macam ni macam tu"
"lauk untuk raya pertama macam ni, lauk untuk raya kedua macam tu"
"bla.. bla.. bla..."

orang perempuan ni dia bukan je cakap benda yang ada dalam otak dorang. dorang juga akan cakap setiap benda yang ada dalam otak tu dengan jelas. contohnya macam ni "langsir tahun ni aku nak buat gaya  bebas gitu. lepas tu aku nak ada ropol-ropol sikit, nak bubuh riben kat celah penyangkut dia. warna nak yang light. bla. bla.. bla.." 

disebabkan perempuan ni banyak bercakap, kadang-kadang lelaki anggap apa yang perempuan cakap tu macam dorang tengah kena berleter. lebih-lebih lagi kalau perempuan tu cakap tak henti-henti. dari satu topik ke satu topik. dari satu hal ke satu hal. dorang akan lebih banyak dengar perkataan pot pet pot pet berbanding dengan apa sepatutnya dorang dengar. so, girls sila kurangkan bercakap dengan lelaki. dorang bukan paham pun. buang karen ja bila kita cakap tapi orang tak dengar pun apa yang kita cakap. uhuh!~

No comments :

Post a Comment