Assalamualaikum
hello to all readers.
aku rasa ramai yang dah tahu sentuhan antara seorang mak terhadap anaknya merupakan sebuah sentuhan ajaib. ada macam-macam jenis sentuhan. sentuhan secara usapan, urutan, belaian dan macam-macam lagi lah. kalau mak cubit kita tu pun kira sentuhan jugak tu kan. sentuhan ajaib yang boleh buat kita rasa macam kena renjatan elektrik. huhu.
baby yang dibelai dan disentuh oleh mama dia akan lebih sihat berbanding dengan baby yang jarang kena sentuh. dulu ada satu kes tentang sorang baby ni. dia lahir-lahir je terus tak hidup. lepas tu doctor kasik baby tu kat mama dia untuk bagi ucapan goodbye. mama baby tu dakap, lepas tu borak-borak dalam masa 2 jam dengan kuasa Tuhan baby tu hidup balik.
sentuhan dengan cara yang betul boleh buat orang rasa tenang. perempuan yang stress akan kurang dia punya pressure bila dia didakap. semuanya bergantung kepada kekerapan dan berapa lama dorang didakap. tapi tu bukan bermakna orang lelaki boleh dakap perempuan dengan alasan nak kurangkan stress ok. melainkan hubungan korang tu halal tak pa. kalau tak halal jangan gatai-gatai pulak nak buat.
orang perempuan lebih peka dengan sentuhan sebab kulit dorang lebih sensetif berbanding dengan lelaki. orang perempuan kena cubit sikit nanti merah la biji mata dia. [girls sangat manja kan? wewewe]. berbeza dengan lelaki, kalau kita cubit belum tentu dorang rasa sakit. tapi tak tahu la pulak kot-kot dorang buat-buat tak sakit sebab nak kontrol macho. kang kalau cakap sakit nampak lembik pulak. hoho.
walau apa pun, dengan sentuhan ianya boleh eratkan hubungan. hubungan kita dengan orang yang tersayang.
p/s: hugs!~ ^^
No comments :
Post a Comment