Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan : mungkinkah yang terakhir?

Assalamualaikum

hai para pembaca yang berpuasa sekalian.

hari ni 1 Ogos 2011. hari pertama kita berpuasa. tinggal berapa hari lagi tempoh masa untuk kita puasa. puasa  kali ni entah-entah puasa yang terakhir untuk kita. kita bukan tahu umur kita sampai takat mana. ada setengah orang lagi sebulan puasa dah kelam kabut pikir nak buat atau beli kuih raya. ada yang sibuk pakat tukar perabut apa bagai. tapi rasanya jarang sekali kita nak perbaiki puasa kita agar lebih baik daripada puasa yang lepas-lepas. [termasuk aku. huhu]. 

aku rasa makin lama makin cepat sangat masa bergerak tinggal aku. pejam celik dah masuk malam kedua terawikh. masa makin cepat dan dunia semakin tua. korang dah prepare korang punya bekal untuk masa depan nanti? harap-harap ramadhan kali ni kita pulun habis-habisan bawak bekal untuk kita kelak.  

aku tak nak bebel panjang-panjang. kalau korang nak cari pasal kelebihan bulan puasa, macam mana nak cari pahala lebih korang boleh tanya kat pakcik google. beliau amat bijak. tapi lebih baik kalau korang tanya orang-orang yang pandai ilmu agama. mintak pandangan. feel dia mungkin lebih sikit kalau nak dibandingkan dengan hanya search and tanya pakcik google yang mungkin akan bagi jawapan dalam pelbagai versi. yang akhirnya buat korang sendiri bertambah pening.

 

jangan sia-siakan peluang yang ada sebab mungkin ramadhan ni ramadhan yang terakhir untuk kita. siapa tahu kan?

No comments :

Post a Comment