Assalamualaikum
Aku sangat tak suka pergi kenduri yang ada dua perkara ini:
duduk lama-lama macam kerusi tu dia yang punya
Kalau nama pun kenduri maka korang faham-faham je la kan macam mana situasi dia. Ramai dengan manusia. Dah la ramai lepas tu tempat nak makan pun tak ada. Kalau semua orang tengah layan makanan masing-masing tu aku boleh consider lagi. Tapi yang buat aku rasa macam tak boleh blah bila ada orang bukan je dah habis makan. Lepas tu berat pulak bontot tu nak bangun dari kerusi. Siap boleh pulak borak-borak gelak-gelak apa bagai. Padahal orang keliling dah tunggu turn nak ambik tempat duduk.
Kutuk pengantin banyak komplain pulak
“la.. ingatkan lawa pengantinnya...”
“idak la ensem mana pun pengantin tu”
Ok. Hello makcik laser. Peh-lish la sedar sikit. Anda tu dah la dijemput makan. Makan free pulak tu. Sipengantin tak mintak apa-apa pun kat anda. Semua makan minum ditanggung dorang. Tapi ada jugak yang tak berhati perut komplain pengantin macam itu macam ini. Banyak kali jugak la aku jumpa benda macam ni. Rasa macam eeww. Nak lempang laju-laju mulut dorang. Kalau aku dengar pun boleh sakit hati apatah lagi kalau tuan rumah tu sendiri.
Kesimpulannya : sebagai tetamu sila jaga adab dan tatasusila anda. Sekian ^^
p/s: lama gila tak update blog. bukan malas tapi mood raya berlebih-lebih pulak.
No comments :
Post a Comment