Assalamualaikum
ada orang sepisis yang suka bercakap, suka bagi tahu dan suka bertanya. ok. benda ni aku tengok lebih bagi manfaat kalau kita fokus kepada konteks ilmu. maksudnya kat sini kalau korang nak kongsi ilmu korang atau korang memang tak tahu tentang satu perkara tu lebih baik korang share ataupun korang tanyakan kepada orang yang tahu. ilmu kalau nak diberitahu pada semua orang tak akan jadi masalah selagi ilmu tu ilmu yang tak salah.
tapi kadang-kadang kita tak boleh bagi tahu kat semua orang apa yang kita tak tahu lebih-lebih lagi semua benda yang kita tahu. maksudnya kat sini, kalau benda yang luar daripada bab ilmu macam masalah korang ke, tak puashati dengan apa-apa benda ke pada firasat mak nujum lebih baik korang berhati-hati. pikir dulu sebelum bertindak. sebab benda-benda macam ni kita nampak macam biasa je walhal sensetif.
kenapa tak boleh bagi tahu apa yang kita tak tahu?
sebelum korang bagi tahu apa yang korang tak tahu tu, korang kena tengok jugak sepisis orang tu. jenis apakah dia? jerung? buaya? pirana? bila kita bagi tahu tentang sesuatu yang kita tak tahu kat orang lain, kebarangkalian untuk diri kita diperkotak-katik dan diguna-gunakan adalah tinggi. akan ada orang yang cuba nak ambik kesempatan kat korang. oleh itu bila rasa diri tu tak cukup ilmu adalah baik kiranya anda merajinkan diri anda untuk menuntut ilmu. baca paper banyak-banyak. tapi korang jangan pulak baca metro je. metro tu dah la pahape. tak membina minda langsung. benda ni bukan apa, kang korang kecoh kat orang korang tak tahu benda itu benda ini tak pasal-pasal karang orang cakap korang bodoh korang jugak yang sentap.
kenapa tak boleh bagi tahu semua benda yang kita tahu?
benda ni kena tengok dari dua sudut. pertama: diri sendiri. ada orang sangat suka dan terlalu suka cerita tentang hal dia kat orang lain. semua benda nak diceritanya. luar dalam depan belakang kiri kanan habis dijaja. walaupun cerita tu hanya kat kawan kita je tapi korang kena ingat kawan korang tu ada mulut. mulut orang tak boleh tutup.
kedua: orang lain. dalam kategori ini aku rasa ramai orang suka bagitahu semua benda yang dia tahu tentang seseorang tu kat orang lain. kalau perempuan sepisis macam ni lebih kurang macam joyah je mulutnya. lelaki pulak macam mat kepoh. mulut tak boleh cover. walaupun kadang-kadang tuan badan cerita hal dia kat kita tak semstinya kita jugak boleh cerita hal dia tadi tu kat orang lain, walaupun tuan badan tu tak cakap benda tu "rahsia". kita kena sendiri paham la jugak. agak-agak benda tu sulit private and confidential tak payah la kita pun sibuk nak jaja sana sini. tak kan lah tiap kali orang tu ceritakan tentang masalah dia kat kita, dia perlu cakap "hey, ini rahsia. jangan bagitahu orang lain tau", penat la kalau macam tu.
bila benda jadi macam ni maka akan wujudlah situasi "kerana pulut santan binasa", fitnah, orang tokok tambah cerita konon nak bagi lagi hot, tu belum masuk lagi kalau bab dengki, nak jatuhkan maruah apa bagai.
jadi kesimpulannya: jaga mulut masing-masing dan berhati-hati bila nak bercakap.
p/s: tersilap cakap
nice entry..nad suka..:)
ReplyDeletenew entry :: Spontan Khamis ツ
thank you miss nadya ^^
ReplyDelete