Assalamualaikum
hello to all pretty boys and ensem girls sekalian.
aku suka benda cantik. korang pun mesti suka cantik-cantik. orang cantik pakai apa pun nampak cantik. sarung apa pun nampak gojes bubuh apa pun nampak marvellous. korang tengok nora danish ni. pakai tudung bawal je. pin gitu-gitu tapi disebabkan dia ni cantik maka akan nampak cantik lah dia. hana tajima simpson pun sama. taruk kain balut kepala pusing-pusing nampak cantik jugak. sebab apa? sebab dorang cantik. anak berkacuk-kacuk mestila cantik.
tapi tak cantik kah kita ni kalau nak dibandingkan dengan orang yang kita nampak cantik tu? orang gemuk tu tak cantik ke? orang pendek tu tak cantik ke? orang yang banyak pimple kat muka tu tak cantik? ramai yang anggap kulit putih menggebu, hidung mancung, bermata bulat, bibir merah muah muah, pendek kata semua perfect baru dikatakan cantik. cantik tu subjektif. bergantung pada mata dan persepsi korang.
macam aku. aku tengok orang tu cantik maka cantiklah orang tu kat mata aku. aku apa pedulik, mata aku yang tengok, suka aku la nak cakap cantik ke tak. aku tengok diri aku kat cermin. kalau aku rasa aku comel maka akan comellah aku. haha geli geleman. sila muntah sekarang.
ok. back to the topik. apa yang penting korang kena konfident dengan diri korang sendiri. konfident tu la yang buat korang jadi cantik ensem bergaya. tapi jangan over confident pulak sebab nanti mesti orang akan nampak korang macam pelik tetapi benar. lagi satu, untuk girls kalau kita tengok orang tu sarung itu ini nampak cantik gojes marvellous tapi kadang-kadang tak semstinya benda tu akan nampak cantik comel gojes and marvellous pada kita. apa yang penting korang kena pandai nak sesuaikan diri korang dengan benda yang korang nak pakai tu. ok. selamat mencantikkan diri anda.
kain batik selendang batik
basuh tikar diatas batas
adik cantik abang pun cantik
bagai dakwat dnegan kertas
p/s: kita adalah makhluk ciptaan Tuhan yang teragung
No comments :
Post a Comment