Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 21, 2011

tak sengaja terjumpa laksa terhirup cendol termakan magnum : kenyang

Assalamualaikum

Selamat malam kepada penggemar makanan.
Tadi lepas buat kerja kat zoo sempena jubli emas yang langsung tak dapat sambut hangit aku dan jugak budak-budak suruhan [haha] pergi pusing punya pusing cari tempat makan yang kononnya sedap. Last-last tak tahu nak singgah mana, kitorang pergi makan kat gerai tepi jalan je. Makan laksa sambil hirop-hirop cendol. Oh! Laksa dia sedap. Cendol dia yummy. 

lokasi; kamunting
gerai kecik tepi jalan je

laksa ni nampak tak senonoh dan comot-comot sebab aku dah gaul-gaul baru teringat nak snap pic. walaupun nampak tak senonoh tapi sedap. i loike. 

cendol yummy

semangat gila sampai siap bubuh peta lagi. pakcik google memang best

lepas makan laksa dan cendol aku pening-pening. kepala pusing-pusing sebab kejap aku pergi tempat sejuk [aircond] lepas tu tempat panas [kerja luar]. pening-pening pun aku sempat jugak rembat seketol aiskrim yang super best. magnum emm emm emm.


: m2m : mardiana and magnum : muah muah :


p/s: suka makan

No comments :

Post a Comment