Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 14, 2011

merajuk dan memujuk

Assalamualaikum

selamat petang yang nak hujan.
biasanya orang merajuk ni sebab dia terasa hati dengan kita. rasa tersinggung. terasa hati sebab apa yang diinginkan tak diberi perhatian. ada jugak orang merajuk sebab dia nak tunjukkan tanda protes terhadap sesuatu perkara dan dia merajuk sebagai tanda yang dia tak suka. bila merajuk benda biasa yang orang akan buat adalah diam, tak mahu bercakap dengan orang yang buat dia merajuk, tak mahu berkawan lepas tu buat bodo je.


merajuk ni tak kira umur. tak kira apa jugak status korang. ada setengah orang bila merajuk senang dipujuk. Ada setengah orang bila merajuk sampai ke sudah susah nak pujuk. Budak-budak kalau merajuk bagi gula-gula bagi jajan dorang dah ok. Tipu-tipu sikit pun dorang dah percaya. Bawak ronda-ronda, jalan-jalan seround dua dorang dah tak merajuk dah. Tapi kadang-kadang tu ada jugak budak yang demand. High taste. Nak itu nak ini baru hilang merajuk. Kalau memang mak ayah loaded tak apa.

Ada jugak orang merajuk manja. Bunyi macam mengada-ngada kan? Haha. Merajuk manja biasanya orang yang couple la. Suami isteri merajuk manja boleh diterima akal lagi tapi yang tak ada apa-apa lepas tu nak pulak merajuk manja rasa macam eeww. Gelimat. Pada kebiasaannya  orang perempuan merajuk bila dorang rasa macam tak dapat sokongan daripada orang yang dorang harapan kan. Rasa macam kesorangan. Rasa macam tak ada orang yang nak ambil peduli hal dorang. sebagai tanda protes dan cuba nak tarik perhatian maka dorang pun akan merajuk. Orang lelaki pulak kalau dorang merajuk pada kebiasannya dorang tak akan bercakap tentang benda yang dah buat dorang jadi merajuk. Dorang akan diam, senyap dan sepi.

Orang tua-tua pun selalu jugak merajuk. Tapi merajuk dorang jangan buat main-main. Tambah-tambah kalau dorang tu mak ayah kita. Kalau buat dorang merajuk silap-silap boleh jadi anak derhaka. Orang tua merajuk susah nak pujuk. Sebab hati dorang mudah terguris. Cepat tersentuh.

kadang-kadang kita dah buat orang sekeliling kita merajuk tanpa kita sendiri sedar. tak kira merajuk sebab perbuatan kita atau pun sebab percakapan kita sendiri. nak pujuk orang yang merajuk adakala bukan mudah. kadang-kala kita kena korbankan perasaan kita sendiri hanya semata-mata tak nak bagi orang lain merajuk.


tinggi- tinggi hingga ke pucuk
buah selasih di dalam dulang
hendak pergi, pergi lah merajuk
kekasih aku bukan seorang
[haha]

p/s: tersentap

No comments :

Post a Comment