Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 8, 2011

cuba hormati pendapat orang lain

Assalamualaikum

korang paham tak apa yang aku nak sampaikan?

*************************************
 
walaupun seseorang tu tak pernah alami perkara itu, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana dia tak pernah alami situasi tersebut.

pasha sanda: "aku tengah frust ni. jajai tu bila la nak masuk minang aku.. wuwuwu.."
pajura cumil: "releks la. mungkin dia tengah pikir ayat power nak cakap kat mak kamu tu. kool bebeh"
sample siti: "sabar ya pasha. mungkin dia tengah cari waktu yang sesuai tu nak masuk minang kamu. cuba bawak bincang..."
pajura cumil: "diam lah kamu siti sample. kamu apa tau. kamu tak pernah rasa macam pasha sanda rasa. pasha dah bercinta dengan jajai lama tau. daripada jajai bujang, lepas tu jadi laki orang lepas tu jadi bekas orang. kamu tak pernah rasa macam mana dia rasa oleh itu  sila diam ok!"


walaupun seseorang tu lebih muda daripada kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana umurnya yang lebih muda.

pakcik m.pasir: "macam mana la nak signup pesbuk ni"
boboi boy: "pakcik tekan button ni pakcik. kalau pakcik nak saya ajar pun boleh jugak"
pakcik m.pasir: "aku tahu la apa aku nak buat. kamu budak kecik pergi main jauh-jauh"


walaupun seseorang tu kurang pengalaman daripada kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana dia tidak berpengalaman berbanding dengan kita.

dokter serba boleh: "makcik bagi anak makcik makan jusmate7 ni. nanti luka bersalin anak makcik cepat baik"
makcik petir: "kamu tak beranak mana kamu tau. aku ni jadi bidan sebelum mak kamu beranakkan kamu lagi. aku tau la jaga anak aku macam mana. nak buat apa bagi makan benda alah ni.. makan daun kayu lagi bagus."


walaupun seseorang tu kurang berpangkat berbanding dengan kita, tapi tak semestinya kita perlu tolak bulat-bulat pendapat dia hanya kerana kita lebih berpangkat berbanding dengan orang tersebut.

big big big boss: "ok. saya nak kamu buat benda ni macam tu macam ni macam gitu macam gini. apa yang saya tahu target kita untuk bulan ni mesti lebih, lebih, lebih dan berlebih-lebih daripada bulan lepas"
kuli-kuli je: "pada pendapat saya boss, kita...."
big big big boss: "apa pendapat-pendapat??!, pendapat kamu apa pun tak boleh dapat!"

***********************************
 
kalau korang tak paham buat-buat paham sudah. haha.
p/s: walaupun aku tulis panjang-panjang, tapi tak semestinya orang lain akan paham apa yang aku nak sampaikan dalam entri tersebut. wuwuwu.

No comments :

Post a Comment