Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 20, 2011

susah sangat ke nak cakap elok-elok

Assalamualaikum
Hello para perempuan dan para boboi out there.

Lokasi kejadian: pasar apa ntah kat changkat jering.
Mama: “kuih ni kira macam mana?”
Peniaga budget bagus: “3 seringgit!”
Mama: “yang sana pun sama?”
Peniaga budget bagus: “semua 3 seringgit. Tak nampak ke ada tulis tu?!”
Aku yang memang bagus: "Kalau letak macam tu siapa pun tak nampak. Lain kali letak la elok-elok!” [sambil sentap tanda harga]

Serius bongok punya peniaga. Buat tanda harga besar bulu mata lepas tu nak sound-sound orang pulak.

Aku rasa korang mesti pernah berdepan dengan situasi dimana tuan kedai atau mostly pekerja kedai yang eksyen mengalahkan tuan kedai, kerek bila melayan customer. Benda yang paling aku tak suka bila pergi kedai lepas tu dorang buat muka macam nak mintak pelempang. Lepas tu bertambah tak suka bila kita tanya jawab macam nak tak nak je dan bertambah-tambah lagi tak suka bila cakap pulak pakai nada yang kurang ajar dengan kita. Serius tak suka sungguh aku rasa.

Paling aku tak suka bila ada setengah daripada dorang yang kurang ajar dengan customer yang berusia. Korang tahu kan, kadang-kadang orang-orang tua ni dorang perlukan bantuan dan ada jugak yang tak tahu nak beli barang itu barang ini. So, apa salahnya dorang tolong dan jangan berkasar dengan orang-orang macam ni.

Aku tak tahu kenapa dorang kena jadi macam tu. Tak boleh ke nak layan customer elok-elok? Tak boleh ken nak jawab soalan elok-elok? Tak boleh ke pakai nada suara yang elok-elok? Aku tak suruh dorang layan customer lebih-lebih, tak suruh dorang dorang jawab soalan macam buat karangan lengkap dan tak suruh dorang buat suara manja ala-ala fasha sanda untuk jawab soalan aku tanya. Just be polite. Tu je. susah sangat ke??


p/s: terlebih ajar dengan orang yang kurang ajar

3 comments :

  1. ngamok je camtu...

    ad ke ptt dye bajet bagos kat bakal mak metua sy kn..

    hihihik

    ReplyDelete
  2. haip! ngamok la marah2 mak orang pulak.

    ReplyDelete
  3. Pelanggan yang prihatin macam anda sepatutnya mengambil 'tempat' si penjaja..Pasti ada untung punya!

    ReplyDelete