Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 27, 2011

terima kasih daun keladi, esok lusa belanjalah lagi ^^ [kenapa pakai daun keladi dan bukan pucuk ubi ke atau ular lidi?]

hari ini tiba-tiba aku rasa gembira tak tentu pasal. gembira sebab makan free. siapa yang tak suka makan free kan. dah orang belanja tentulah aku akan terima dan hati yang terbuka lagi suka. terima kasih kepada boss aku yang sudi membelanjakan duit, duit dan duit kepada diri hamba yang tidak berapa nak berduit ini. sepanjang aku kerja aku sangat gembira dan suka sebab boleh dikatakan aku sentiasa dapat boss-boss yang baik-baik belaka. tak kira lelaki atau perempuan semuanya baik dan kool ja. terima kasih kepada boss-boss yang terdahulu and boss-boss yang terkini. kerana anda berbudi pekerti. diri ini amat berharap agar boss-boss yang terkini mampu mengekalkan prestasi, gaya, mutu dan keunggulan kalian sebagai boss yang baik pada masa-masa akan datang. ^^




syukur alhamdulillah. ini pun dikira sebagai rezeki jugak kan. rezeki dapat boss yang baik. atau mungkin sebab muka aku ni bak kata adek aku muka sepisis nak menangis atau bahasa mudahnya sepisis muka kesian tu kot membuatkan orang tak jadi marah dengan aku. tapi walau apapun, memang menjadi amalan aku sebelum pergi kerja aku akan baca bismillah 19x and ayat kursi 1x. pesanan keramat daripada allahyarham ustaz aku yang sangat-sangat aku hormati [ustaz hadi]. menurut beliau kalau nak jumpa boss ke, orang besar-besar [bukan giant ya] atau sesiapa saja dan tak mau kasik diaorang marah, samaada mungkin time tu memang diaorang angin tak berapa baik, atau memang diaorang nak marah aku hari tu, maka amat berpatutan untuk aku amalkan dengan tujuan untuk menyejukkan hati mereka. alhamdulillah mujarab. tapi dalam masa yang sama aku redha ja dengan segala benda yang bakal aku hadapi. kalau nak kena marah memang aku awal-awal lagi pasrah je la.

aku tak ingat aku baca atau aku tengok mana pun ntah, penceramah tu bagitau boss yang terbaik adalah bila pekerja hormat dia bukan kerana mereka takut kepada boss tapi hormat sebagai seorang boss yang terbaik. lebih kurang macam tu lah ayat dia. lecturer aku juga pernah bagi tahu yang boss juga perlu hormat kepada pekerja sebab pekerja adalah aset yang paling berharga. kalau tak ada pekerja maka mereka tak boleh jadi boss yang disegani. 



tapi ada juga sepisis manusia yang jadi dia lah boss dia lah juga merangkap pekerja. contohnya macam jiran aku. bekerja sebagai pomen enjin jentera. bukan kecik-kecik punya enjin dia pomen. dia lah tukang angkat mesin, dia lah tukang pebaik mesin, dia tukang kira-kira, dia tukang itu, dia tukang ini. kalau costumer  merungut-rungut pas tu bising-bising nak service cepat, cekap, pantas lagi tuntas, dia akan jawab "lu nak cepat lu datang tolong sama saya, lu tak tolong sama saya, saya kasi ini kerja siap lambat", kesimpulan dari ayat-ayat beliau adalah : "aku dah buat kerja jangan nak banyak bunyik pulak."

anyway, aku sebagai pekerja yang komited terhadap kerjaya ingin dedikasikan ucapan syukur alhamdulillah dan terima kasih Tuhan sebab kurniakan rezeki [duit dan boss yang baik] kepada hambaMu yang hina dina ini. syukran!~

No comments :

Post a Comment