dulu kalau tak silap aku ada satu rancangan yang agak popular. tajuk apa aku pun dah tak ingat dah. yang aku ingat dalam rancangan tu ada pertandingan buat benda yang bukan-bukan yang tak tercapai dek akal. contohnya makan ulat, hirup makanan basi yang dah dicampur-campur macam air limbah. slrupp slruup aku tengok diaorang sedut guna straw relek je. lepas tu dia akan tunjuk lah macam-macam jenis phobia yang wujud dalam diri manusia. ada yang phobia tempat tinggi, phobia benda berbisa. phobia awek ada ke? ke phobia lelaki? ada ke tak ada ke itu aku tak tahu lah. kene buat kajian yang mendalam.
"rasa macam nak nyuruk dari telefon"
okei, bila tulis pasal phobia antara banyak-banyak phobia yang jarang disebut adalah phone phobia. ada ke orang phobia dengan telefon ni. kalau tak ada aku tak tulis la kan. zaman serba canggih manggih ni pun masih ada lagi manusia yang phobia dengan telefon. manusia sekarang semua pakat belumba-lumba tukar telefon. siapa canggih dia paling hebat la kot. tapi kecanggihan itu telah menyebabkan ada manusia yang rasa ia bagai suatu ancaman buat mereka. kesian kan. kalau lah orang yang cipta tu tahu mesti dia menangis sebab hasil ciptaannya telah menyebabkan ada segelintir manusia rasa phobia.
"o mak!~"
orang yang phone phobia ni biasanya perasaan tu wujud akibat daripada adanya rasa macam tak kena ja bila dia jawab telefon tu. contohnya dia akan rasa yang dia mungkin akan diejek, atau dia mungkin bimbang kalau lah orang dalam talian tu tersalah faham tentang apa yang dia sampaikan, tak pun dia takut kalau lah dia lupa nak sampaikan apa yang patut dia cakapkan. ada kemungkinan jugak yang dia takut kalau-kalau dia lupa tentang apa yang dia dan pemanggil tu bincangkan. selain tu biasanya orang phone phobia ni dia akan rasa macam badan dia ketar-ketar bila nak angkat telefon, lepas tu jantung berdebar-debar. nak concentrate waktu bercakap pun susah. [sila kelik sini untuk maklumat lanjut]
aku ada kawan sepisis manusia macam ni. dia cakap kalau dengar bunyi telefon dia rasa macam jantung dia nak meletop. bunyi telefon tu ibarat macam bom jangka. bila angkat akan meletop. mungkin dia banyak tengok muvi letop-letop bom kot. tu sebab kot jadi macam tu. apa-apa pun kalau tak dikawal takut jadi gila la pulak kan.
antara langkah yang boleh diambil bagi siapa-siapa yang ada masalah ni, kalau anda sebagai mangsa agak-agak nak kena jawab telefon tu disarankan agar siapkan jawapan yang dijangka. nanti tak lah terkial-kial pastu nervous tak tentu pasal. anda juga boleh lah prektis jawap telefon. suruh lah member ke best friend ke, gf or bf anda ke, borak-borak dengan anda melalui telefon. tapi kalau gf or bf yang telefon kompem hilang gugup tu kan. orang yang gugup bila borak dengan gf or bf ni biasanya time mula-mula nak tackle ja. gugup tapi dalam hati bebunga-bunga.
"ni apa kes la pulak"
walau apa pun pada aku phobia ni boleh cure asalkan kita kuat untuk hadapi perkara tersebut. yang penting mind set kita. kalau kita rasa takut maka rasa takut tu akan menyelubungi diri kita. macam jumpa doktor. doc nak cucuk. time tu kompem dalam otak kita dah set "aduyai! mesti sakit", tapi kalau mental kita dah set "ala, macam semut gatai gigit ja, jarum kecik, apa ada kisah", mesti kurang sakit tu. mama aku pernah cakap kalau takut kena cucuk pikir macam ni "doc cucuk tangan ja. jauh dari jantung", lepas tu kompem aku akan tenang [biasalah mama aku pandai saiko].
No comments :
Post a Comment