betul ke orang cakap kalau kita benci nanti lama-lama kita akan suka dan jatuh cinta kepada perkara yang kita benci tu. ye ke ni? aku rasa konpius pulak dan aku memerlukan bukti dan kesahihan bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut. aku selalu jugak tengok dalam drama atau filem yang suka sangat buat jalan cerita mula-mula benci pastu last-last suka la pulak. tak berkembang langsung. asik-asik pusing jalan cerita yang sama ja. tak tengok pun dah boleh tahu apa ending dia. okei, berbalik kepada persoalan asal, orang tua-tua selalu pesan "tak baik kamu benci nanti ha..."
aku sangat konpius. kalau aku benci lipas adakah suatu hari nanti aku akan menyukai lipas itu lalu aku akan jatuh cinta dengannya? aku tersangat lah membenci lipas. benci sungguh-sungguh. tengok pic lipas dekat penyembur lipas tu pun aku dah rasa macam nak pijak-pijak sepak-sepak kasik mati ini kan pulak hidup-hidup. sampai syurga mati aku akan benci lipas selamanya.
tapi buat masa ni aku masih bebas daripada pengaruh untuk membenci sepisis makhluk yang bernama manusia. mungkin sebab aku berhati baik kot. huhu. lumrah manusia tak ada yang sempurna dan aku tak nafikan aku juga pernah mempunyai perasaan kurang enak terhadap orang lain gitu. tapi aku sangat bernasib baik sebab perasaan itu aku berjaya nyahkan jauh-jauh. hati lembut lah katakan. ^^
aku ada juga terbaca beberapa cerita tentang orang kahwin selepas wujudnya perasaan benci antara satu dengan lain. kebanyakannya catatan dalam majalah. aku tak tahu sahih ke tak cerita tu atau si tuan punya cerita tu hanya mereka-reka cerita untuk buat jadi hot je. macam biasa jalan cerita dia masih tak tersasar jauh dari landasan. mula-mula punya lah benci, tak suka tengok muka la, apa la, last-last jadi soulmate. siap ada ayat jiwang-jiwang lagi. jadi pada pendapat aku kepada sesiapa yang nak cari pasangan sehidup bukan semati sila wujudkan perasaan benci terhadap insan yang anda suka tu semoga kalian ada jodoh hendaknya. hehe. errmm, tapi boleh ke kita nak benci orang yang kita suka?? erkk!~
[pic dicuri dari encik google]
No comments :
Post a Comment