tajuk entri diatas tak ada kena mengena dengan entri yang aku nak tulis. aku adalah pencinta haiwan. kalau tak masakan rumah aku ada macam-macam sepisis haiwan. walaupun hanya dibela macam ala-ala safari tapi aku rasa puas sebab kalau tak ada makhluk ciptaan Tuhan tu aku rasa tak lengkap hidup. walaupun aku cintakan haiwan tapi aku bencikan lipas. sungguh! okei. disebabkan aku suka haiwan maka secara otomatiknya aku suka tengok national geographic. tak kira la kat tv ke website ke. dua-dua aku suka.
"mummy.. please come back.. i need you.."
ni lah salah satu sebab aku suka tengok national geographic. ada banyak sepisis haiwan yang cumil-cumil belaka dan salah satunya adalah pic di atas. seekor baby asiatic leopard di Myanmar. baby leopard ni dah tak ada mak. mak dia baru je kene bunuh sebab ada manusia yang nak jadikan mak dia sebagai ubat. dah lah jahat tak berotak pulak tu. kecian kat baby leopard ni. okei. untuk menghayati dengan lebih syahdu sila renung dalam-dalam anak matanya yang penuh dengan seribu satu makna itu. sedih kan tengok anak mata dia.
"mak! tulun saya mak"
ni pulak kegigihan seekor mak leopard selamatkan baby leopard daripada jatuh dari pokok. mesti bedebar gila anak dia. selain daripada haiwan ada macam-macam lagi benda yang boleh aku tengok and ada macam-macam benda yang boleh aku tahu. ibarat kata kalau orang macam aku yang kurang mampu nak travel jauh-jauh amat berpatutan untuk tengok benda-benda macam ni sebab boleh save budget ilmu pun dapat. [ayat orang tak cukup duit. uhuh!~]
No comments :
Post a Comment