semenjak dua menjak ni aku tengok dalam drama-drama melayu, kalau kena pada babak mak dengan anak mesti mak dia nampak sebaya dengan si anak. kalau anak tu kecil tak apa jugak. ni anak pegang watak dah besar, dah bekerja. tak boleh ke cari pelakon yang nampak tua sikit tak pun makeup nampak tua sikit. ini tak. mak meletop-letop hot dari anak. tak tahu lah pulak kalau dalam skrip nak macam tu, nak mak sebaya anak. betul-betul menggangu emosi aku nak tengok drama. demi menjaga pemikiran aku agar tak terganggu aku selalu anggap yang mak dia kahwin umur 12 tahun lalu mendapat anak pada umur 13 tahun lalu bila dewasa mak dan anak nampak macam rakan taulan yang sebaya umurnya. memang tak boleh blah langsung.
itu drama melayu. drama indon lagi lah haru. asyik-asyik gaduh, gaduh, gaduh. lepas tu siap beranak pinak bercucu cicit bergaduh tujuh keturunan pun tak habis-habis. lepas tu drama diaorang kalau bab yang konon agak-agak suspend dan ala-ala terkejut tu mesti kamera akan zoom dekat-dekat pada muka sipelakon babak suspend tu secara slow motion. trade mark diaorang kot. makeup usah cerita lah. tebal sejengkal. jalan cerita merapu-rapu makin lama makin melalut meleret-leret. siap ada magik-magik pulak tu. orang complain macam-macam pun tv relek je tayang walaupun semua orang tahu cerita dia macam pahapa je.
cerita hindustan pulak macam biasa ada nyanyi-nyanyi. guling berguling, cinta terhalang lah, tak restu lah, lepas tu mesti ada babak keretapi. aku pernah tengok dalam satu cerita, tapi aku dah lupa tajuk dia, waktu peguam tengah baca pertuduhan boleh pulak orang yang didakwa tu mendakwa peguam tu. tak tahu la pulak kalau undang-undang memang macam tu kan. kalau tak ada babak-babak macam tu tak sah. tapi zaman sekarang punya cerita aku tak berapa tahu. aku tak layan sangat sekarang ni hindustan sebab banyak sangat yang tunjuk body. tak baik untuk kesihatan mata dan minda aku yang suci ni.
aku suka tengok cerita tamil. best woo tengok bab gaduh-gaduh. sekali pukul bedebik kena dekat semua penjahat. tak kira lah berapa ramai penjahat tu. betapa hebatnya hero tamil. hero hindustan pun tak boleh lawan tau. pukul tak kena pun boleh buat semua telentang ke belakang. begitu hebat aura pukulan dia. dalam cerita tamil mesti ada watak inspektor aka encik polis. macam biasa bila dah gaduh-gaduh polis akan sampai bila semua gaduh dah setel. senang kan kerja polis datang, tangkap dan sumbat dalam jail. tu ja. biasanya polis ni muncul dalam babak-babak akhir sebagai penyedap cerita.
cerita orang putih aku tak layan apatah lagi cerita cina. disebabkan beberapa faktor yang mengganggu emosi aku bila tengah menonton maka aku kadang-kadang lebih suka tengok iklan kat tv. suka tengok iklan dari luar sebab diaorang kreatif. kreatif sampai aku tak faham apa benda. tambah-tambah pulak aku ni sepisis manusia yang lampy. tahu apa itu lampy? kalau tak tahu sila rujuk happy three friends. kat situ ada lampy.
No comments :
Post a Comment