aku : tak da buat pa... [sengeh-sengeh]
boss : kerja yang saya bagi hari tu dah siap?
aku : dah. semua dah setel [dengan nada konfiden]
boss : ok. bagus ya awak buat kerja.
aku : ngee... [sengeh-sengeh lagi]
boss : sekarang awak buat apa?
aku : main game... ngee.. [sengeh-sengeh]
boss : ok. sementara awak tak ada kerja ni awak main la game tu. awak nak tengok muvi ke, nak tengok tv pun boleh. saya bz sekarang ni.
aku : ok.. [sengeh-sengeh sambil terus main game dengan hati yang gembira]
"sangat konpius ditambah pula dengan keadaan pikiran yang lambat pikap"
lepas sessi dialong dengan ex-boss aku hari tu, waktu aku tengah bersenang lenang melayan perasaan tiba-tiba aku teringat dialog yang telah beliau lontarkan pada aku. aku fikir, fikir punya fikir apakah maksud tersirat disebalik kata-kata ex-boss aku tu. adakah itu perli, adakah itu puji atau adakah tidak ada udang disebalik batu? aku pun tak tahu. disebabkan aku ni sepisis yang pikap lambat jadi kalaulah itu adalah subjek yang berunsur perli maka aku amat bernasib baiklah sebab aku tak perasan pulak yang aku kena perli.
okei macam mana nak bezakan bahawa kata-kata itu adalah perli atau puji. mengikut kepada kamus fikiran aku puji-pujian ini adalah suatu perkara yang bersifat penghargaan kepada perkara kebaikan [sila kelik sini kalau nak tahu sangat dengan lebih mendalam] manakala perli ni bersifat sindiran. tapi pada aku, aku malas nak fikir lagi samaada itu adalah puji atau perli sebab nanti otak aku berserabut. kalau agak-agak tu puji macam biasa ucapan terima kasih didahulukan tapi kalau aku rasa itu perli aku tak kisah pun sebab aku dah tak jumpa dah ex-boss aku tu. [hoho]. anyway, aku jadikan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati bila nak main game. wewewe!~
p/s : jangan main waktu kerja melainkan dengan izin boss anda. sekarang aku rajin main game chess pulak. nampak bijak sikit walaupun aku tak bijak. aku suka main dengan komputer sebab boleh "undo" sampai aku menang. kalau main dengan orang tak boleh "undo". silap hari bulan kena ketuk kepala.
No comments :
Post a Comment