Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 30, 2011

cantik tak semestinya bahagia : ye tak?

lumrah manusia nak jadi yang terbaik. lengkap segala pakej yang ada. kalau yang perempuan macam biasa nak jadi cantik. nama pun perempuan kan. dah tentu suka kepada kecantikan. tak kira lah cantik jenis apa pun. yang penting cantik. biasanya kalau  tengok perempuan cantik, comel atau cun mesti akan terdetik, "bestnya dia, muka cantik/cun/comel". kalau artis dan orang-orang glamor pulak mesti akan ada yang kata "ada pakej nak rembat barang seorang dua datuk ni." tapi bahagiakah mereka? kita tak payah tengok jauh-jauh. tengok yang dekat sudah. contoh terdekat artis-artis kita yang tak kurang cun/comel/cantik/hot dan sewaktu dengannya. walaupun muka ada pakej tapi still kena tinggal dengan boyfriend jugak. walaupun body mantap hot meletop-letop tapi still bercerai jugak kan. itu menunjukkan bahawa walaupun kita cantik tahap super cun tapi tak semestinya kita akan dapat semua yang kita nak, tak semestinya kita akan dapat semua perkara yang mampu bahagiakan kita. yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada. nescaya akan bahagialah kita.       


muka nampak cantik tapi hati siapa yang tahu. nak kekal cantik bukan senang tambah-tambah kalau muka tu sepisis yang senang makan dek usia. lagi bergurindam lah jiwa tu kan. bagi yang terlalu obses dengan kecantikan kalau boleh mereka akan nak sentiasa cantik di mata orang. ada yang bubuh susuk. bedah plastik usah cakap lah. cucuk sana cucuk sini. terutama yang berusia bagi tujuan untuk nampak cun melecun walaupun usia dah sebaya dengan nenek nenek je. tapi muka maintain lawa dan badan tip top super hot kalah anak dara ayam.

lepas tu tengok pulak macam manusia dua alam tu. terutama dari thailand. sikit punya cun serius seksi berani mati. kalah perempuan tulen. nasib suara tak boleh tukar je. bangga tayang body lepas tu siap buat tayangan unggul masuk pertandingan segala bagai. tapi adakah mereka bahagia. kalau tanya of course diaorang cakap bahagia lagi gembira dapat body seksi yang diidamkan. hakikatnya dalam hati siapa yang tahu. kompem tak bahagia sebab sampai bila diaorang akan kekal macam tu. kita tengok wow! cunnye. realiti diaorang je yang tahu.  

bahagia ke tak itu semua persoalan yang subjektif. masing-masing bahagia dengan cara masing-masing. masing-masing gembira dengan hidup masing-masing. tapi memadailah jangan sampai merosakkan diri.  kat bawah ni aku sertakan kaedah nak cantik bagi orang dulu-dulu : 

mesin untuk measure beauty. nak tengok kedudukan hidung, dahi dan sewaktu dengannya samaada ok ke tak. macam robot cop pulak. 

ni pulak kepada insan-insan yang teringin sangat nak berlesung pipit macam pengacara tv3 tu, boleh lah buat macam ni ya. [muka derita pulak dia buat]

cara paling best pakai lipstik

siapa tak suka kena sunburn sila pakai macam ni

macam katon tiong man. sun glasess yang berfungsi lindung mata dan hidung daripada sunburn. ntah apa-apa.

p/s : bersyukur dengan apa yang ada yang penting iman dan takwa. =) [kredit untuk weird beauty devices]

forgive and forget : oh! maaf saya lupa nak maafkan kamu

hey! ingat senang ke nak memaafkan lepas tu nak pulak melupakan? orang yang betul-betul berjiwa kental dan berhati suci nurani ja yang mampu buat macam tu. aku tak ada tips atau petua nenek yang mampu aku kongsikan terutamanya dalam bab melupakan tu. aku tak tahu macam mana nak lupakan sesuatu benda yang pernah singgah dalam fikiran aku melainkan kalau aku hilang ingatan baru lah boleh melupakan. 


ada pendapat bagi tahu kalau kita nak forgive and forget ni kita kena luahkan apa yang kita rasakan tu pada orang yang kita percaya. kalau luahkan pada orang yang tak percaya tu maknanya memang cari masalah lah tu. dah la ada masalah lepas tu cari lagi masalah. tak ke bermasalah kalau macam tu. okei. berbalik kepada topik. bila kita luahkan, kita ceritakan situasi dan keadaan sebenar yang melanda diri dan pemikiran kita. luahkan apa yang terbuku dalam hati okei. kalau rasa-rasa tak boleh nak ceritakan kat orang yang anda kenal cuba-cuba lah bercerita pada strangers. ada setengah orang dia suka bercerita kepada orang yang dia tak kenal. cerita melalui chatting ke apa asalkan dia tak kenal dan kompem tak jumpa orang tu. sebab dia rasa lebih selamat berbanding dengan kawan sendiri yang boleh makan kawan bila diaorang "lapar". anda fahamkan maksud "lapar" tu apa? bagus. tak pun kalau rasa memang tak boleh blah sangat dengan apa yang ditanggung serahkan pada yang pakar. jumpa lah mana-mana orang agak-agak pakar dalam masalah anda tu. kalau masalah cinta cuba tanya dr.love. kalau masalah jiwa cuba tanya dr.psychiatric. tapi jalan terbaik mengadulah kepada Tuhan sebab Dia Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Maha Penyayang lagi Maha Berkuasa. bagi aku itulah tempat terbaik untuk kita mengadu. tapi biasalah, manusia bila susah je baru ingat Tuhan. senang sikit lupa diri. tak gitu? [uhuh]. (--)" 

"cedey woo bila dikhianati" wuhuhu~

p/s : aku paling tak faham bila aku lupa akan sesuatu perkara atau barang lepas tu boleh pulak orang tanya "benda macam tu pun kamu boleh lupa ke? macam mana boleh lupa??". erk! dah nama pun lupa dah tentu lah aku akan lupa. aku serius memang tak boleh jawab persoalan macam tu. paling tak tahan bila orang tanya "benda macam tu pun tak boleh ingat ke? kenapa tak ingat?". eerrmm, encik-encik dan puan-puan, dah aku tak ingat macam mana aku nak terangkan pulak kan. atau adakah aku perlu berikan keterangan secara saintifik macam mana aku boleh lupa dengan menyertakan fakta dan bukti-bukti yang kukuh lagi nyata. aku pun tak faham.

Saturday, January 29, 2011

drama yang penuh dengan drama

semenjak dua menjak ni aku tengok dalam drama-drama melayu, kalau kena pada babak mak dengan anak mesti mak dia nampak sebaya dengan si anak. kalau anak tu kecil tak apa jugak. ni anak pegang watak dah besar, dah bekerja. tak boleh ke cari pelakon yang nampak tua sikit tak pun makeup nampak tua sikit. ini tak. mak meletop-letop hot dari anak. tak tahu lah pulak kalau dalam skrip nak macam tu, nak mak sebaya anak. betul-betul menggangu emosi aku nak tengok drama. demi menjaga pemikiran aku agar tak terganggu aku selalu anggap yang mak dia kahwin umur 12 tahun lalu mendapat anak pada umur 13 tahun lalu bila dewasa mak dan anak nampak macam rakan taulan yang sebaya umurnya. memang tak boleh blah langsung. 


itu drama melayu. drama indon lagi lah haru. asyik-asyik gaduh, gaduh, gaduh. lepas tu siap beranak pinak bercucu cicit bergaduh tujuh keturunan pun tak habis-habis. lepas tu drama diaorang kalau bab yang konon agak-agak suspend dan ala-ala terkejut tu mesti kamera akan zoom dekat-dekat pada muka sipelakon babak suspend tu secara slow motion. trade mark diaorang kot. makeup usah cerita lah. tebal sejengkal. jalan cerita merapu-rapu makin lama makin melalut meleret-leret. siap ada magik-magik pulak tu. orang complain macam-macam pun tv relek je tayang walaupun semua orang tahu cerita dia macam pahapa je. 

cerita hindustan pulak macam biasa ada nyanyi-nyanyi. guling berguling, cinta terhalang lah, tak restu lah, lepas tu mesti ada babak keretapi. aku pernah tengok dalam satu cerita, tapi aku dah lupa tajuk dia, waktu  peguam tengah baca pertuduhan boleh pulak orang yang didakwa tu mendakwa peguam tu. tak tahu la pulak kalau undang-undang memang macam tu kan. kalau tak ada babak-babak macam tu tak sah. tapi zaman sekarang  punya cerita aku tak berapa tahu. aku tak layan sangat sekarang ni hindustan sebab banyak sangat yang tunjuk body. tak baik untuk kesihatan mata dan minda aku yang suci ni.


aku suka tengok cerita tamil. best woo tengok bab gaduh-gaduh. sekali pukul bedebik kena dekat semua penjahat. tak kira lah berapa ramai penjahat tu. betapa hebatnya hero tamil. hero hindustan pun tak boleh lawan tau. pukul tak kena pun boleh buat semua telentang ke belakang. begitu hebat aura pukulan dia. dalam cerita tamil mesti ada watak inspektor aka encik polis. macam biasa bila dah gaduh-gaduh polis akan sampai bila semua gaduh dah setel. senang kan kerja polis datang, tangkap dan sumbat dalam jail. tu ja. biasanya polis ni muncul dalam babak-babak akhir sebagai penyedap cerita.

cerita orang putih aku tak layan apatah lagi cerita cina. disebabkan beberapa faktor yang mengganggu emosi aku bila tengah menonton maka aku kadang-kadang lebih suka tengok iklan kat tv. suka tengok iklan dari luar sebab diaorang kreatif. kreatif sampai aku tak faham apa benda. tambah-tambah pulak aku ni sepisis manusia yang lampy. tahu apa itu lampy? kalau tak tahu sila rujuk happy three friends. kat situ ada lampy.


cinta sejati dunia plastik : masih wujudkah?

hello!~ hello!~ kepada anda sang pencinta yang setia. setia kepada yang satu saja okei. tadi aku ada tengok cerita pasal seorang lelaki yang sanggup berkorban untuk kekasih hatinya [tunang]. tunangnya seorang perempuan yang cun and super cute telah mengalami kemalangan sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada bahagian otak. amat tragis dan menyentuh perasaan bila tengok keadaan tunangnya yang terketar-ketar diatas kerusi roda pergi tengok audition silelaki. sila layankan perasaan anda di petang nan indah ini bersama-sama dengan tisu disebelah. hopefully bila dah pergi ke next stage janganlah kiranya sang lelaki tu lupa diri ya. untuk tengok dengan penuh beremosi sila kelik rotikaya nyum nyum.


persoalannya sekarang masih wujudkah cinta sejati di dunia fana yang serba plastik ini. ya, plastik. tak kira lah plastik jenis apa pun. plastik sampah ke apa yang penting plastik, plastik, plastik. sekarang ni banyak orang suka pakai plastik. bubuh barang dalam plastik. pergi kedai makan pinggan plastik. nak lawa buat bedah plastik. cinta pun cinta plastik. sebab apa cinta plastik? sebab plastik itu palsu. 

dalam Islam cinta hakiki adalah cinta kepada Allah. cinta kepada Allah akan kekal selamanya. tapi berapa ramai manusiakah yang mampu mengekalkan rasa cintanya kepada Tuhan [termasuklah aku uhuh!~]. bila bercinta rasa dunia ni kita yang punya. buat apa pun tak apa asalkan hati gembira dan suka. macam tadi aku tengok ada pasangan makan bersuap-suap. yang pompuan macam nak duduk atas riba lelaki. mungkin tempat sempit la kot sebab kebetulan orang ramai. kecian dia. makan sepinggan pulak tu. serius jimat. air pun order secawan ja. diaorang jimat duit, makcik kedai jimat air nak cuci-cuci. of course la diaorang tu pasangan kekasihkan. takkan lah adek beradik pulak. kalau aku dengan adek aku,  memang aku dah rembat dulu kasik abeh baru aku kasik kat adek aku pulak. tak ada makna nak suap-suap ni. ada tangan suap sendiri okei. tapi aku tak tahulah pulak kalau diaorang tu suami isteri. kalau ya, memang romantik.     


masa mula-mula bercinta pada kebiasaannya masing-masing akan cuba nak tunjukkan betapa setia dan tulus cintanya. waktu tu akan keluarlah ayat bunga-bunga kembang setaman. maklumlah nak mengorat tambah-tambah kalau orang yang nak dingorat tu jual mahal. macam-macam madah akan dipakai. lautan api sanggup direnangi. tak payah nak renang-renang. ntah-ntah berenang pun tak tahu. mentang-mentang lah laut yang ada api tak wujud ikut sedap mulut ja nak sebut. kepada gadis-gadis comel diluar sana kalau ada orang yang nak ngorat-ngorat, sila sediakan lighter siap-siap dan cuba tanya dia "sanggupkah lautan api diredah demi diri ini? jika dengan gagah lagi macho silelaki jawab ya maka anda bolehlah keluarkan lighter dan suruhlah silelaki bubuh jari dia dekat api. sanggupkah dia? kalau tak sanggup tak payah lah nak ngorat anak orang pakai madah berhelah. lebih baik terus jumpa mak ayah. cakap direct. tu baru nampak gagah bergaya. kalau takat nak ngorat anak tapi tak nak tackle hati mak ayah tak guna jugak kan.      


bila dah dapat bunga pujaan yang didambakan tu, untuk sang lelaki silalah jaga bunga idaman tu baik-baik. janganlah kiranya dirosakkan bunga tu. bunga kalau dah rosak mana boleh dibaiki balik. lainlah kalau bunga plastik. jangan ingat ya perempuan ni boleh dibuat sesuka hati dibuang sesedap rasa. pesanan untuk lelaki, orang perempuan ni bila dia kecewa dia akan menangis, dan of course bila dah puas menangis dia akan berhenti tapi mereka perlu ingat ya wahai lelaki-lelaki walaupun dia berhenti menangis tapi hati dia akan "mati" perlahan-lahan. anda tak akan sedar benda tu.


Friday, January 28, 2011

tafsiran mimpi : apa yang perlu kita tahu

mimpi. aku mimpi apa malam tadi aku pun tak ingat dah dan aku tak sempat nak fikir apa yang aku mimpi. terjaga ja dari tidur aku terus bersiap-siap pergi kerja dan tak sempat nak ingat apa yang aku mimpi. biasanya aku memang tak pernah terfikir pun nak berfikir tentang mimpi yang aku alami melainkan mimpi tu benar-benar weird. kalau mimpi tu agak-agak mengganggu pemikiran aku barulah aku akan fikir tentang mimpi tu dengan begitu serius dan komited. 


mimpi kalau tak silap aku adalah berdasarkan kepada tiga perkara utama. mimpi yang diilhamkan oleh Allah [mimpi baik-baik], mimpi sebab otak letih dan mimpi dari syaitan. kalau silap tolong betulkan ya. aku tak pandai nak bercerita pasal mimpi dan tafsir pasal mimpi ni. sebab ilmu tak penuh didada lagi. ada mimpi yang menjadi petunjuk kepada sesuatu perkara dan ada juga mimpi yang tidak mempunyai apa-apa makna. yang penting kat sini jangan terlalu taksub dengan mimpi yang akhirnya boleh memesongkan akidah kita.


aku tak ada petua untuk tafsir mimpi. cuma apa yang aku ingat pesanan seorang ustaz. menurut beliau amalan paling mudah untuk umat islam mendapatkan makna disebalik apa yang dimimpikannya adalah anda boleh letakkan tafsir Al-Quran di sebelah tempat anda tidur. bila anda terjaga anda terus buka lebaran tafsir tu dan tunjukkan jari anda dimana-mana bahagian ayat. lepas itu buka mata. kat mana jari kita tunjuk maka itulah makna bagi mimpi kita. itu amalan paling mudah menurut beliau. tapi sebelum tidur tu anda disarankan untuk tidur mengikut adab lah ya. macam biasa ambil air sembahyang sebelum tidur, tidur mengadap kiblat, mengiring sebelah kanan dan baca doa. insyaAllah anda boleh tidur dengan aman. 


walau apa pun, apa saja mimpi yang kita alami pada aku baiklah kiranya kita sandarkan kepada Allah. kalau mimpi baik, alhamdulillah dan kalau mimpi tak best sila lah berlindung kepada Allah. ^^

Thursday, January 27, 2011

puji atau perli : macammana nak bezakannya?

boss : hah! buat pa tu?
aku : tak da buat pa... [sengeh-sengeh]
boss : kerja yang saya bagi hari tu dah siap?
aku : dah. semua dah setel [dengan nada konfiden]
boss : ok. bagus ya awak buat kerja.
aku : ngee... [sengeh-sengeh lagi]
boss : sekarang awak buat apa?
aku : main game... ngee.. [sengeh-sengeh]
boss : ok. sementara awak tak ada kerja ni awak main la game tu. awak nak tengok muvi ke, nak tengok tv pun boleh. saya bz sekarang ni.
aku : ok.. [sengeh-sengeh sambil terus main game dengan hati yang gembira]

"sangat konpius ditambah pula dengan keadaan pikiran yang lambat pikap"

lepas sessi dialong dengan ex-boss aku hari tu, waktu aku tengah bersenang lenang melayan perasaan tiba-tiba aku teringat dialog yang telah beliau lontarkan pada aku. aku fikir, fikir punya fikir apakah maksud tersirat disebalik kata-kata ex-boss aku tu. adakah itu perli, adakah itu puji atau adakah tidak ada udang disebalik batu? aku pun tak tahu. disebabkan aku ni sepisis yang pikap lambat jadi kalaulah itu adalah subjek yang berunsur perli maka aku amat bernasib baiklah sebab aku tak perasan pulak yang aku kena perli.

okei macam mana nak bezakan bahawa kata-kata itu adalah perli atau puji. mengikut kepada kamus fikiran aku puji-pujian ini adalah suatu perkara yang bersifat penghargaan kepada perkara kebaikan [sila kelik sini kalau nak tahu sangat dengan lebih mendalam] manakala perli ni bersifat sindiran. tapi pada aku, aku malas nak fikir lagi samaada itu adalah puji atau perli sebab nanti otak aku berserabut. kalau agak-agak tu puji macam biasa ucapan terima kasih didahulukan tapi kalau aku rasa itu perli aku tak kisah pun sebab aku dah tak jumpa dah ex-boss aku tu. [hoho]. anyway, aku jadikan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati bila nak main game. wewewe!~

p/s : jangan main waktu kerja melainkan dengan izin boss anda. sekarang aku rajin main game chess pulak. nampak bijak sikit walaupun aku tak bijak. aku suka main dengan komputer sebab boleh "undo" sampai  aku menang. kalau main dengan orang tak boleh "undo". silap hari bulan kena ketuk kepala. 

terima kasih daun keladi, esok lusa belanjalah lagi ^^ [kenapa pakai daun keladi dan bukan pucuk ubi ke atau ular lidi?]

hari ini tiba-tiba aku rasa gembira tak tentu pasal. gembira sebab makan free. siapa yang tak suka makan free kan. dah orang belanja tentulah aku akan terima dan hati yang terbuka lagi suka. terima kasih kepada boss aku yang sudi membelanjakan duit, duit dan duit kepada diri hamba yang tidak berapa nak berduit ini. sepanjang aku kerja aku sangat gembira dan suka sebab boleh dikatakan aku sentiasa dapat boss-boss yang baik-baik belaka. tak kira lelaki atau perempuan semuanya baik dan kool ja. terima kasih kepada boss-boss yang terdahulu and boss-boss yang terkini. kerana anda berbudi pekerti. diri ini amat berharap agar boss-boss yang terkini mampu mengekalkan prestasi, gaya, mutu dan keunggulan kalian sebagai boss yang baik pada masa-masa akan datang. ^^




syukur alhamdulillah. ini pun dikira sebagai rezeki jugak kan. rezeki dapat boss yang baik. atau mungkin sebab muka aku ni bak kata adek aku muka sepisis nak menangis atau bahasa mudahnya sepisis muka kesian tu kot membuatkan orang tak jadi marah dengan aku. tapi walau apapun, memang menjadi amalan aku sebelum pergi kerja aku akan baca bismillah 19x and ayat kursi 1x. pesanan keramat daripada allahyarham ustaz aku yang sangat-sangat aku hormati [ustaz hadi]. menurut beliau kalau nak jumpa boss ke, orang besar-besar [bukan giant ya] atau sesiapa saja dan tak mau kasik diaorang marah, samaada mungkin time tu memang diaorang angin tak berapa baik, atau memang diaorang nak marah aku hari tu, maka amat berpatutan untuk aku amalkan dengan tujuan untuk menyejukkan hati mereka. alhamdulillah mujarab. tapi dalam masa yang sama aku redha ja dengan segala benda yang bakal aku hadapi. kalau nak kena marah memang aku awal-awal lagi pasrah je la.

aku tak ingat aku baca atau aku tengok mana pun ntah, penceramah tu bagitau boss yang terbaik adalah bila pekerja hormat dia bukan kerana mereka takut kepada boss tapi hormat sebagai seorang boss yang terbaik. lebih kurang macam tu lah ayat dia. lecturer aku juga pernah bagi tahu yang boss juga perlu hormat kepada pekerja sebab pekerja adalah aset yang paling berharga. kalau tak ada pekerja maka mereka tak boleh jadi boss yang disegani. 



tapi ada juga sepisis manusia yang jadi dia lah boss dia lah juga merangkap pekerja. contohnya macam jiran aku. bekerja sebagai pomen enjin jentera. bukan kecik-kecik punya enjin dia pomen. dia lah tukang angkat mesin, dia lah tukang pebaik mesin, dia tukang kira-kira, dia tukang itu, dia tukang ini. kalau costumer  merungut-rungut pas tu bising-bising nak service cepat, cekap, pantas lagi tuntas, dia akan jawab "lu nak cepat lu datang tolong sama saya, lu tak tolong sama saya, saya kasi ini kerja siap lambat", kesimpulan dari ayat-ayat beliau adalah : "aku dah buat kerja jangan nak banyak bunyik pulak."

anyway, aku sebagai pekerja yang komited terhadap kerjaya ingin dedikasikan ucapan syukur alhamdulillah dan terima kasih Tuhan sebab kurniakan rezeki [duit dan boss yang baik] kepada hambaMu yang hina dina ini. syukran!~

Wednesday, January 26, 2011

phone phobia : [bahasa panjangnya] takut dengan telefon

dulu kalau tak silap aku ada satu rancangan yang agak popular. tajuk apa aku pun dah tak ingat dah. yang aku ingat dalam rancangan tu ada pertandingan buat benda yang bukan-bukan yang tak tercapai dek akal. contohnya makan ulat, hirup makanan basi yang dah dicampur-campur macam air limbah. slrupp slruup  aku tengok diaorang sedut guna straw relek je.  lepas tu dia akan tunjuk lah  macam-macam jenis phobia yang wujud dalam diri manusia. ada yang phobia tempat tinggi, phobia benda berbisa. phobia awek ada ke? ke phobia lelaki? ada ke tak ada ke itu aku tak tahu lah. kene buat kajian yang mendalam. 

"rasa macam nak nyuruk dari telefon"

okei, bila tulis pasal phobia antara banyak-banyak phobia yang jarang disebut adalah phone phobia. ada ke orang phobia dengan telefon ni. kalau tak ada aku tak tulis la kan. zaman serba canggih manggih ni pun masih ada lagi manusia yang phobia dengan telefon. manusia sekarang semua pakat belumba-lumba tukar telefon. siapa canggih dia paling hebat la kot. tapi kecanggihan itu telah menyebabkan ada manusia yang rasa ia bagai suatu ancaman buat mereka. kesian kan. kalau lah orang yang cipta tu tahu mesti dia menangis sebab hasil ciptaannya telah menyebabkan ada segelintir manusia rasa phobia. 

"o mak!~"

orang yang phone phobia ni biasanya perasaan tu wujud akibat daripada adanya rasa macam tak kena ja bila dia jawab telefon tu. contohnya dia akan rasa yang dia mungkin akan diejek, atau dia mungkin bimbang kalau lah orang dalam talian tu tersalah faham tentang apa yang dia sampaikan, tak pun dia takut kalau lah dia lupa nak sampaikan apa yang patut dia cakapkan. ada kemungkinan jugak yang dia takut kalau-kalau dia lupa tentang apa yang dia dan pemanggil tu bincangkan. selain tu biasanya orang phone phobia ni dia akan rasa macam badan dia ketar-ketar bila nak angkat telefon, lepas tu jantung berdebar-debar. nak concentrate waktu bercakap pun susah. [sila kelik sini untuk maklumat lanjut]

aku ada kawan sepisis manusia macam ni. dia cakap kalau dengar bunyi telefon dia rasa macam jantung dia nak meletop. bunyi telefon tu ibarat macam bom jangka. bila angkat akan meletop. mungkin dia banyak tengok muvi letop-letop bom kot. tu sebab kot jadi macam tu. apa-apa pun kalau tak dikawal takut jadi gila la pulak kan. 

antara langkah yang boleh diambil bagi siapa-siapa yang ada masalah ni, kalau anda sebagai mangsa agak-agak nak kena jawab telefon tu disarankan agar siapkan jawapan yang dijangka. nanti tak lah terkial-kial pastu nervous tak tentu pasal. anda juga boleh lah prektis jawap telefon. suruh lah member ke best friend ke, gf or bf anda ke, borak-borak dengan anda melalui telefon. tapi kalau  gf or bf yang telefon kompem hilang gugup tu kan. orang yang gugup bila borak dengan gf or bf ni biasanya time mula-mula nak tackle ja. gugup tapi dalam hati bebunga-bunga.  

 "ni apa kes la pulak"

walau apa pun pada aku phobia ni boleh cure asalkan kita kuat untuk hadapi perkara tersebut. yang penting mind set kita. kalau kita rasa takut maka rasa takut tu akan menyelubungi diri kita. macam jumpa doktor. doc nak cucuk. time tu kompem dalam otak kita dah set "aduyai! mesti sakit", tapi kalau mental kita dah set "ala, macam semut gatai gigit ja, jarum kecik, apa ada kisah", mesti kurang sakit tu. mama aku pernah cakap kalau takut kena cucuk pikir macam ni "doc cucuk tangan ja. jauh dari jantung", lepas tu kompem aku akan tenang [biasalah mama aku pandai saiko].

Tuesday, January 25, 2011

boleh ke kita nak benci orang yang kita suka?

betul ke orang cakap kalau kita benci nanti lama-lama kita akan suka dan jatuh cinta kepada perkara yang kita benci tu. ye ke ni? aku rasa konpius pulak dan aku memerlukan bukti dan kesahihan bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut. aku selalu jugak tengok dalam drama atau filem yang suka sangat buat jalan cerita mula-mula benci pastu last-last suka la pulak. tak berkembang langsung. asik-asik pusing jalan cerita yang sama ja. tak tengok pun dah boleh tahu apa ending dia. okei, berbalik kepada persoalan asal, orang tua-tua selalu pesan "tak baik kamu benci nanti ha..." 
aku sangat konpius. kalau aku benci lipas adakah suatu hari nanti aku akan menyukai lipas itu lalu aku akan jatuh cinta dengannya? aku tersangat lah membenci lipas. benci sungguh-sungguh. tengok pic lipas dekat penyembur lipas tu pun aku dah rasa macam nak pijak-pijak sepak-sepak kasik mati ini kan pulak hidup-hidup. sampai syurga mati aku akan benci lipas selamanya. 
tapi buat masa ni aku masih bebas daripada pengaruh untuk membenci sepisis makhluk yang bernama manusia. mungkin sebab aku berhati baik kot. huhu. lumrah manusia tak ada yang sempurna dan aku tak nafikan aku juga pernah mempunyai perasaan kurang enak terhadap orang lain gitu. tapi aku sangat bernasib baik sebab perasaan itu aku berjaya nyahkan jauh-jauh. hati lembut lah katakan. ^^
aku ada juga terbaca beberapa cerita tentang orang kahwin selepas wujudnya perasaan benci antara satu dengan lain.  kebanyakannya catatan dalam majalah. aku tak tahu sahih ke tak cerita tu atau si tuan punya cerita tu hanya mereka-reka cerita untuk buat jadi hot je. macam biasa jalan cerita dia masih tak tersasar jauh dari landasan. mula-mula punya lah benci, tak suka tengok muka la, apa la, last-last jadi soulmate. siap ada ayat jiwang-jiwang lagi. jadi pada pendapat aku kepada sesiapa yang nak cari pasangan sehidup bukan semati sila wujudkan perasaan benci terhadap insan yang anda suka tu semoga kalian ada jodoh hendaknya. hehe. errmm, tapi boleh ke kita nak benci orang yang kita suka?? erkk!~
[pic dicuri dari encik google]

Wednesday, January 19, 2011

aku bukan pencinta wanita

tajuk entri diatas tak ada kena mengena dengan entri yang aku nak tulis. aku adalah pencinta haiwan. kalau tak masakan rumah aku ada macam-macam sepisis haiwan. walaupun hanya dibela macam ala-ala safari tapi aku rasa puas sebab kalau tak ada makhluk ciptaan Tuhan tu aku rasa tak lengkap hidup. walaupun aku cintakan haiwan tapi aku bencikan lipas. sungguh! okei. disebabkan aku suka haiwan maka secara otomatiknya aku suka tengok national geographic. tak kira la kat tv ke website ke. dua-dua aku suka. 
"mummy.. please come back.. i need you.."
ni lah salah satu sebab aku suka tengok national geographic. ada banyak sepisis haiwan yang cumil-cumil belaka dan salah satunya adalah pic di atas. seekor baby asiatic leopard di Myanmar. baby leopard ni dah tak ada mak. mak dia baru je kene bunuh sebab ada manusia yang nak jadikan mak dia sebagai ubat. dah lah jahat tak berotak pulak tu.  kecian kat baby leopard ni. okei. untuk menghayati dengan lebih syahdu sila renung dalam-dalam anak matanya yang penuh dengan seribu satu makna itu. sedih kan tengok anak mata dia.

 "mak! tulun saya mak"
ni pulak kegigihan seekor mak leopard selamatkan baby leopard daripada jatuh dari pokok. mesti bedebar gila anak dia. selain daripada haiwan ada macam-macam lagi benda yang boleh aku tengok and ada macam-macam benda yang boleh aku tahu. ibarat kata kalau orang macam aku yang kurang mampu nak travel jauh-jauh amat berpatutan untuk tengok benda-benda macam ni sebab boleh save budget ilmu pun dapat. [ayat orang tak cukup duit. uhuh!~]

Wednesday, January 12, 2011

aku dan encik azam

ohoho!~ lamanya aku tak update blog ni. rindu ya amat rasanya. dekat 2 minggu kot. dan pada masa yang sama dekat 2 minggu juga lah kita menjengah ke alam yang tak berapa nak baru. aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucap selamat tahun baru sepesel buat diri aku sendiri, diri aku yang dicintai dan juga pembaca blog yang dikasihi. uhuh!~ ada ke pembaca? tak apa. usah fikir kalut-kalut. itu bukan masalah penting yang perlu aku fikirkan buat masa sekarang. okei. bersempena dengan tahun baru maka aku pun bertugas di tempat serba baru. buat masa ni tak haru biru lagi. tapi menurut sumber bermula minggu depan akan bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pekerja yang kelam kabut dan tonggang terbalik. 

tugas aku akan berdepan dengan benda yang selalu aku elak sejak hampir 20 tahun lamanya. iaitu berhadapan dengan encik matematik. oh! tidak. diri ini amat tidak suka mengira. hatta mengira duit sekalipun bukanlah hobi aku. tapi kali ni aku tak dapat nak elak. nak tak nak aku terpaksa berhadapan dengan encik matematik.

malas nak cerita pasal metematik tu. aku nak masuk ke topik lain pulak. tajuk topik tu "azam tahun baru". manusia sepisis macam aku amat tak sesuai untuk mempunyai azam. biasanya apa yang aku azam, apa yang aku plan, apa yang aku rancang, apa yang aku nak buat kompem takkan jadi. dia akan jadi benda yang aku tak jangka. dan sebagai manusia aku terima dengan redha. ^^

anyway, disebabkan perkara itulah maka aku pendamkan saja azam aku. bila dah tercapai target baru aku akan membuat pendedahan eksklusif. ya, pendedahan yang tak berapa nak berani mati sangat. hopefully menjadilah tahun ni. ^^ 

muka 1st day masuk kerja.