Assalamualaikum
Selamat pagi.
Hari khamis yang tak ada mood buat kerja sebab dah nak beraya. Boleh terima tak
alasan aku yang kukuh lagi jitu ni. Padahal waktu tak raya pun semedang je aku
tak dak mood nak kerja. Nak nak pulak kalau dah masuk hari khamis dan esok
pulak jumaat. Haha. Sori boss. Jangan marah-marah nanti saya nangis kang. Haa...
Nangis dan
lembik. Ini bukan cerita tentang menangisi kuih raya lembik sebab buat tak
jadi-jadi. Tapi ini cerita tentang perempuan lembik. Ya. Lembik-lembik ni mana
ada orang suka. Lembik dan manja lagi tak suka. Apatah lagi yang jenis
buat-buat lembik dan buat-buat manja. Sah-sah akan dapat full pakej orang label
sebagai mengada-mengada.
Baiklah kaumku. Kita
sebagai perempuan adakalanya kena jadi gagah. Korang tak perlu angkat tong gas
14kilo setiap hari untuk menunjukkan kegagahan dan ketangkasan korang. No. No. No.
Tu tugas laki korang nak angkat benda alah macam tu. Tak kan tahu nak makan je
ye tak? Nak makan sedap-sedap tapi tolong angkat tong gas pun tak nak. Haih. Tepuk
perut tu laju-laju baru tahu.
Gagah maksud aku
kat sini berdikari. Tapi boys jangan pulak kalau dah tengok perempuan tu mampu
berdikari korang ambik kesempatan terhadap keberdikarian dorang pulak. Mentang-mentang
la girls boleh buat itu ini, korang buat relek je ya. kang kami memberontak
kang baru tahu. Hoho.
Ok. oleh itu
sebagai perempuan marilah kita berdikari. Kalau tak tahu cuba ambik tahu. Masuk
la segala jenis kelas yang ada. Seni kulinari boleh seni pertahankan diri pun
boleh. Agar kelak hidup kita terpelihara daripada jadi bahan umpan buaya
tembaga. Aauummm!
hehehe aummm...selamat menyambut bulan ramadhan ya :)
ReplyDelete