Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 9, 2012

panggilan yang paling menakutkan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis yang sedang hangat bercinta. Sangat teruja bila boipren telepon. Tapi kalau setiap masa nak telepon rasa macam nak bagi pelempang pun ada. Aku yang tak ada kena mengena pun rasa rimas. Dan selamat petang kepada jejaka-jejaka yang selalu sangat telepon girlpren sambil tanya perkembangan terkini. Konon caring. Padahal cemburu tapi tak nak mengaku. Haha. Lantak korang lah.


Dulu-dulu kalau dengar je telepon rumah berdering, mesti aku takut tahap gaban. Sebab orang dulu-dulu kalau nak mengorat dorang direct pakai telepon rumah je. Time tu pasrah. Siapa yang angkat nasib. Bila agak-agak orang yang angkat tu suara garau macam stok bapak-bapak maka tak perlu untuk kata apa-apa. Tanpa ragu-ragu silalah letak ganggang dengan segera. Kalau abah aku yang angkat jawapannya sila tadah telinga untuk dengar ceramah yang maha hebat. Haha. Malu miaw miaw rasa.

Dalam banyak-banyak panggilan, antara panggilan yang paling menakutkan adalah panggilan secara tiba-tiba di waktu tengah malam. Nak nak pulak kalau panggilan tu menyampaikan suatu khabar berita. Boleh buat terkeluar jantung kot.

Uhuh. Takutnya.




No comments :

Post a Comment