Assalamualaikum
Sekali lagi. Ini
bukan cerita tentang nobita yang berangan nak dapatkan apa yang dia nak lalu
menyeluk poket doremon dengan harapan agar akan ada alat yang mampu mencapai
impian dia. Aku ada impian. Korang pun ada impian. Apatah lagi nobita. Yang berimpian
untuk kahwin dengan sizuka.
Nak capai impian
kena usaha. Bila usaha kita jugak kena berdoa. Tadi aku tengok MHI. Cerita tentang
doa lalilatul qadar. Sepanjang bulan ramadhan adalah waktu terbaik untuk kita
berdoa. Tak kira siang atau malam. Tak kira boleh sembahyang atau tidak (uzur).
Boleh je kalau korang nak berdoa.
Orang period
macam mana nak berdoa waktu malam terakhir lailatul qadar? Orang period pun
boleh berdoa jugak. Bila bangun dari tidur dalam 1/3 malam. Antara jam 2pagi
hingga subuh. Duduk kat katil, berdoalah. Kalau waktu siang hari yang paling mustajab
adalah hari jumaat. Bila khatib naik ke mimbar sampai ke nak masuk maghrib,
berdoalah. Dan antara waktu asar jugak pada waktu tertentu akan terbuka pintu langit dan
doa-doa itu akan Allah angkat ke atas.
Oleh itu, mari
kita berdoa. Tak kira siang atau malam. Pagi atau petang. Period ke tidak. Jom berdoa.
insyaAllah akan dimakbulkan.
Doa jangan yang
mengarut-ngarut pulak. Kalau korang berdoa semoga aku cepat kahwin itu amat
digalakkan. Haha.
No comments :
Post a Comment