Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 8, 2012

mencari kerja ibarat tunggu cabutan bertuah


Assalamualaikum

Sekali lagi selamat petang kepada gadis-gadis yang gigih isi borang kerja tapi kerja tak dapat-dapat jugak. Dan sekali lagi buat kesekian kalinya selamat petang kepada jejaka-jejaka yang sangat komited cari kerja agar boleh sara anak dara orang kelak.

Tak dapat kerja tak boleh kahwin. Itulah konsep dan tema kahwin masa kini. Sangat tragis. Nak nak pulak kalau kerja tu tak menepati cita rasa, kriteria dan jugak ciri-ciri yang bakal mertua nak. Hazab sungguh rasa.


Kerja sekarang ni bukan main susah la nak dapat. Kalau dapat kerja tanpa perlu guna kabel setebal 40 hasta rasa macam salah satu daripada 7 keajaiban dunia telah berlaku. Mahu tak rasa ajaib, kerja sekarang ni ibarat macam cabutan bertuah la jugak. Kalau kena, seronok bukan kepalang. Kalau tak kena langsung melangut la tunggu sampai ke sudah tak tahu keputusan.

Penindasan berlaku kat mana-mana. Ketidakadilan berlaku dimerata-rata.

Kepada pencari kerja yang gigih termasuk diri aku sendiri. Sempena bulan ramadhan ni, waktu nak berbuka nanti mari kita pakat ramai-ramai berdoa semoga segala urusan dan rezeki kita di permudahkan. Amin.

Jangan putus asa. Rezeki pasti ada. Cewah.




No comments :

Post a Comment