Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 13, 2012

pakai high heels terasa sangat ayu


Assalamualaikum

Selamat pagi. Sangat indah pagi ni sebab boss aku pergi merayap-rayap. Oleh yang demikian tangan dan jari aku pun turut merayap meraba keyboard tanpa belas ehsan. Haha. Encik boss, sila pergi merayap lama-lama sikit okei.

Setelah berabad-abad lamanya aku duk pakai kasut leper, hari ni aku cuba try test pakai high heels pulak. Terasa ayu pulak diri ini. Haha. Aku bukan apa, sekali sekala nak jugak merasa tinggi. Ye dak? Asyik pendek je sampai orang ingat aku ni gadis comel yang masih bawah umur sedangkan aku dah boleh bergelar gadis comel bertaraf ibu dah tau. Waktu mama aku sebaya umur dengan aku, beliau dah stop beranak dah. Huhu.

Ok. Tak nak bebel lama-lama nanti bernanah mata korang nak baca.

Selamat berpuasa yang tinggal berapa kerat hari je lagi. Dan kalau tak keberatan hulurkan duit raya kat aku. Aku doakan semoga korang diliphkan rejeki hendaknya. Hihi. Tak lawak pun. ok. Bai.




No comments :

Post a Comment