Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 13, 2012

aku bukan badut


Assalamualaikum

Selamat malam sekali lagi. Disebabkan maghrib tak masuk lagi, maka dengan ini aku pun teruskan usaha aku menaip tanpa arah tuju yang benar. Cewah. Konon lawak. Huhu.

Ok. Lawak tak bertempat adalah lawak yang sangat dibenci oleh makhluk Tuhan. Buat lawak tak kena gaya, mutu dan keunggulan boleh buat orang sekeliling rasa macam…  

“eewww, apahal kamu nak jadi badut pulak waktu macam ni”.

Rasa macam nak bagi pelempang bertubi-tubi kat muka tukang buat lawak kalau lawak yang dibuat tu melibatkan maruah dan air muka kita. Dan semakin rasa macam nak jadi pembunuh pulak bilamana lawak yang pada mata kita tak lawak langsung, yang boleh mencabar kredibiliti dan keunggulan kita disambut dengan hilai tawa. Waktu tu rasa macam nak capai mesingun lepas tu tembak secara rambang biar dorang mati menggeletek kat situ jugak. 


Manusia bukan dilahirkan untuk dibadutkan oleh orang yang berperangai badut tahu. Sila hormat orang lain kalau nak rasa hidup itu dihormati.

Sekian. Emo-emo kejap. Huh. 




No comments :

Post a Comment