Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 19, 2012

tips: macam mana nak buat kerja amal jadi lebih menarik



Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang berhati mulia lagi dermawan dan bersifat sukarelawan dan hello kepada teruna-teruna yang nampak sangat gagah bila ringan tulang dan rajin tolong orang. Pasti akan ada bakal ibu-ibu mertua yang syok nak jadikan korang sebagai calon menantu pilihan. Wah. Wah. Wah.

Aku nak bagi tips macam mana nak jadikan aktiviti murni korang tu sebagai sesuatu yang menarik tertarik vavavom tanpa memerlukan publisiti.

Letak buku terpakai korang kat tempat yang mudah orang lain baca
Aku suka pergi kedai makan dekat rumah aku. Sebab kat kedai tu ada banyak buku. Macam-macam buku ada. Sambil tunggu makanan siap aku boleh baca buku. Kalau makanan lambat siap pun tak apa sebab buku-buku kat situ semua best. Kiranya boleh jadi terapi untuk hilangkan marah aku sebab lapar.  Ada kena mengena tak dengan tips aku? Tak? Ok. Fine.

Bagi hadiah/barang pada orang memerlukan secara rahsia
Tak kira la siapa orang tu. Ni asyik bagi kat girlfriend je apa kata bagi kat orang lain yang lebih memerlukan. Hadiah tak semestinya yang gempak-gempak. Hadiah kecik-kecik pun tak apa. Mesti dorang akan terharu punya. Kalau kat tempat korang ada cleaner ke makcik-makcik tukang sapu, cuba korang buat macam tu. Kalau tak bercucuran air mata dorang paling koman mesti dia akan senyum je sepanjang masa. Tapi tak payah bagi kat boss, sebab boss dah kaya. Hak hak.

Bayar tol untuk orang belakang
Ada ke orang pernah buat macam ni? Sepanjang hidup aku tak pernah merasa lagi kot. Kalau ada mesti sampai ke subuh aku tak boleh tidur sebab aku akan ingat “wah. Putera berhati mulia mana pulak yang bayar tol untuk aku? rasa macam cerita Cinderella pulak.” Heh. Ala takat tol dua tiga ringgit tu apa salahnya korang sedekah kat orang belakang je kan. Sambil drive boleh buat sedekah. Tapi sebelum tu tengok jugak kereta belakang tu jenis apa. Agak-agak kaya tak payah la. Haha.

Bayar makanan untuk orang secara senyap-senyap
Syok ooo kalau tengah sedap-sedap makan lepas tu ada pulak ada orang tolong bayarkan. Rasa macam.. eemm.. malu pun ada. Nak nak pulak kalau kita tak tahu siapa la tukang yang membayar tu. Nak senang korang pergi kat kedai makan 1malaysia. Kat situ komfirm korang boleh bayar murah untuk orang lain. Eheh.

Bagi kad ucapan secara rahsia
Walaupun benda tu hanya kad ucapan tapi efeek dia boleh sampai mencecah ke emosi tau. Kad ucapan ni boleh dibubuh ayat motivasi ke, ucapan selamat ke, apa-apa je ayat yang boleh menyenangkan hati sipembaca.


Itu la serba sedikit tips yang aku bagi walaupun aku sendiri tak pernah buat lagi. Mari la kita buat sama-sama ya. Hihi. 




No comments :

Post a Comment