Assalamualaikum
Hai gadis-gadis yang
selalu berangan nak jadi isteri. Berangan nak jadi ibu. Dan hello kepada
lelaki-lelaki yang selalu gadis-gadis anggap sebagai penyelamat yang datang
dari masa depan. Anggapan yang akhirnya banyak yang tersalah anggap. Haih.
Berangan memang
best. Dan jadi sangat best bila angan-angan tu jadi kenyataan. Tapi paling tak
best bila apa yang diangankan tu kita tak dapat. Paling sangat tak best pulak
bila dah nak dapat je apa yang diangankan tapi tak tercapai pulak. Bak kata
orang tua-tua tak dak rezeki nak buat macam mana. Lauk dalam perut pun boleh
terkeluar balik. Ini kan pulak benda lain. Ye tak?
Angan-angan
orang perempuan. Bila tiba masanya, akan sampai ke suatu tahap yang dorang akan
berangan untuk jadi seorang ibu comel yang mithali lagi solehah. Wah. Sangat
sweet bukan? Bila jadi ibu dah tentulah status dorang tu status isteri kan?
Wah. Wah. Sweet ganda dua kan? Kan?
Dan macam biasa
dorang akan berharap dan mengharap akan ada lelaki yang boleh jadi penyelamat
dorang. Penyelamat yang datang dari masa depan yang mampu menyelamatkan masa
depan dorang. Tapi mampukah gadis-gadis ini dapat penyelamat yang mampu
menyelamat? Dan mampukah lelaki-lelaki yang dianggap sebagai penyelamat ini
menjadi penyelamat?
Kita nantikan misi menyelamat itu.
Saksikan episod seterusnya dalam drama kehidupan anda sendiri.
Dibintangi oleh diri anda, arahan anda dan heronya anda sendri pilih.
A
wife lives alone; a child grows up without a father
Kalau
boleh tak mahu jadi macam ni.
No comments :
Post a Comment