Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 5, 2012

tak akan jumpa pasangan yang sempurna


Assalamualaikum

Hai girls comel.

Biasanya girl yang comel nak cari boy yang comel jugak. Kalau tak comel handsome pun jadi la. Macam tu jugak dengan lelaki, kalau boleh pilih yang cun, dorang nak yang cun je. Kalau tak cun nak yang lawa. Paling koman mesti nak yang cantik.

Ya. Kalau diberi pilihan semua orang nak yang cantik menarik tertarik vavavoom. Nak yang tinggi. Yang pendek-pendek apa barang. Tak mahu bermisai tebal. Tapi kalau tahap ketebalan misai dan poket tu selari, no hal kot. Lepas tu kalau boleh dapat macam TMJ pun okei jugak.

Ya. Sekali lagi kalau boleh pilih yang sempurna semua orang pakat nak sempurna segalanya.


Tapi.

Kamu tak akan dapat mencari pasangan yang sempurna kerana hakikat kejadian setiap pasangan itu  hatta ia adalah manusia, haiwan, tumbuhan dan segalanya adalah untuk saling lengkap melengkapi.

Tak akan. Tidak sama sekali. Tapi kalau dapat tu memang dah namanya rezeki.

Persoalannya sekarang kalau korang jumpa yang sempurna, fungsi korang buat apa pulak? Nampak macma korang tu bukan pelengkap kan? Haih.

Bersyukurlah. Cuba beri yang terbaik. Perbaiki kelemahan masing-masing dan salinglah lengkap melengkapi jika ingin menjadi lebih sempurna.

Peace yooow! ^^




No comments :

Post a Comment